Assalamualaikum my diari..
rindu dgn kau.
Diari aku nak menangis boleh tak?
Maaf ya diari kau mesti marah aku.
Yela aku cari kau time aku sedih marah je tapi bila aku gembira aku lupa kat kau. kau jela yg sudi nak dengar segala masalah aku dan kau x akan nak marah, maki aku macam diaorang buat dekat aku. Sekurang - kurangnya aku rasa tenang tak serabut sangat. pernah kau dengar pasal penderaan? Penderaan fizikal selalu orang boleh tahu. Bagaimana pula dengan mental? Penderaan mental jauh lebih memberi kesan berbanding fizikal kau tahu tak. Sebab itu ada perpatah lidah berbisa dari racun ular/ lidah lebih tajam dari pedang. Diari apa perasaan kau kalau kau ada keluarga tapi keluarga kau tak peduli pasal Kau? yang mereka tahu cuma DUIT je... diaorang x kisah pun kau sihat ke sakit ke.. adik-beradik pula asyik nak bergaduh pantang ditegur semua buat muka. Apa kau rasa bila ada FAMILY tapi macam yatim piatu.
Aku stress tahu tak!!!
Hari 2 aku terpaksa dengar caci maki $!@|, B@B¡, @n?!ng, p€£@c*r, dari seorang AYAH. kau rasa???? Kami adik - beradik x berguna. Ye tu mmg dosa dia dengan Allah. Persoalannya sampai bila dia nak berubah. Ucapan yg selalu keluar kat mulut dia kami x macam anak orang lain. Anak orang lain yang selalu keluar tgh malam x balik sampai pagi ke, ponteng sekolah tipu mak bapak ke, pergi dating habiskan duit minta duit mak bapak. Ambil dadah ke???? Macam tu???? Atau pun exam dapat nombor satu sentiasa, kerja pangkat pegawai /CEO macam usahawan sekarang, belikan ayah dia kereta mewah rumah besar? Buat/ belajar apa terus pandai macam cik profesor serba tahu? Sebagai seorang AYAH kau jadikan kami Hamba Abdi untuk kau. Pernah tak kau tanya pasal hidup mati kami, sakit susah kami pernah??? Sengsara kami??? ada kau nak peduli macam mana kami nak ke sekolah, macam mana kami susah payah cari kerja. Yang kau tahu bila ada antara kami yg dah pandai cari duit. Hujung bulan kau minta. Sedangkan kau sepatutnya hulur duit kat kami. Bila kami x bg kau x mengaku kami ni anak2. Aku upset why as FATHER kau x pernah nak rasa bersyukur. If anak orang lain aku berani kerat jari mesti diaorang dah lama tinggal kau sendiri atau pun diorang yg mati gantung diri. Kau pelakon yg cukup hebat. Depan manusia lain kau la seorang AYAH yg sangat (Bertanggungjawab ) pijak semut x mati.. hakikatnya!!! belum masanya untuk kami pergi tinggalkan Kau. Sampai masa kami dah ada"keluarga" sendiri atau kami pergi tinggalkan dunia ni untuk selamanya mungkin masa tu baru kau sedar bertapa kami ni begitu bernilai untuk kau yg bernama seorang AYAH.