Wednesday, 3 December 2014
feeling sentap
aku x tahulah kenapa aku terasa sangat dengan perkataan ni " awak suka dia ke? " puas aku tafsirkan maksud ni . suka yang macam mana 2 suka sebagai kawan atau lebih dari sekadar kawan aku termanggu dan tidak mempunyai jawapan itu. aku x menyangka hubungan baik aku dengan sidia telah disalah tafsir? bohong kalau aku kata x suka . macam mana kita nak jadi kawan atau sahabat seseorang jika kita x suka . aku suka dia sebab perangai dia yang cool. dia boleh menerima pendapat dan nasihat kan tentang kesalahan aku yang x sedar. tapi rasa suka melebihi dari itu agak sukar untuk menyatakan. bagi ku dia hanya sesuai menjadi sahabat tp bukan kekasih dan seterusnya. entahlah bila semakin dewasa ni! aku ingat perkara ini x berulang lagi tapi berlaku lagi. jika yang bertanya orang luar maksud aku orang x rapat dengan aku mungkin aku boleh menerimanya. tapi yang bertanya ni kawan yang agak rapat orang yang sepatutnya faham aku ni jenis perempuan yang macam mana? demi tuhan sungguh aku terkedu dengan pertayaan itu. aku tahu dia pernah menyimpan hati dengan sidia tapi x bermakna aku pun mempunyai perasaan yang sama. jika ada yang bertanya tentang sidia aku tidak tahu untuk berkata apa yang aku nampak saban hari kelemahan demi kelemahan yang dia tunjukkan aku tidak nampak dekat mana yang dia boleh jadi idaman wanita. itulah manusia kita hanya memandang dari luaran tapi bukan secara keseluruhan peribadinya. kita cepat tertawan dengan muka yang kacak tapi sikap negatifnya kita x pernah ambil peduli. betullah orang kata cinta itu buta. segalanya nampak indah benda buruk pun jadi wangi. aku nampak. segala kelemahan dia bukan kerana aku tak suka dia masing 2kan manusia biasa dekat sinilah kita sebagai sahabat nak menegur. aku pun tak kata aku manusia yang sempurna. balik2 isu hal kahwin ni timbul. asyik ditanya awak bila lagi nak kahwin? sekiranya ada jodoh dekat dunia insyaallah aku nikah lah. siapa jodoh aku hanya ALLAH yang tahu bercinta bagai nak rak kalau dah ditetapkan sidia bukan jodoh kita . x kahwin juga kita dengan sidia. terasa sahaja.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment