Maafkan aku
andai kau terasa …
Tidak terdaya
bagiku meluah rasa terpendam , hendak memetik cintamu bimbang nanti tidak
kesampaian. Kau bagai hujan yang datang menyiram musim kemarau . indahmu tiada
bandingan. Sedang aku Cuma dagang yang merantau. Terlalu banyak pengorbanan
darimu . susah senangku kau mengambil
tahu. Sehinggakan aku rasa terharu bila mengenangkan budi dan jasamu . aku tahu
siapa diriku bagaikan musafir yang
menumpang lalu. Sungguh tidak ku menduga kau datang membawa bahagia .entah
apakah gerangan dijiwa hendak ku tinggal tiada berdaya. Kerana budi aku jatuh hati aku tak mengerti ianya terjadi…
Ya ALLAH
tolongla aku!!! Buang rasa yang bersemi didalam hati ini. Kau isilah hati ini
dengan cinta kepadamu serta rasulmu. Jangan kau biarkan aku jatuh hati hati
pada insan yang kau takdirkan bukan milik aku pada akhirnya . Puas aku cuba
membencinya dengan segala kelemahan dan kekurangannya tapi mengapa semakin aku
melihat kebaikannnya semakin aku jatuh
sayang padanya YA allah. Dugaan apakah ini? Sungguh aku x mampu
membencinya..sedangkan aku tahu ia x mungkin aku miliki. Mengapa hati ini masih berdegil menyanyangi seorang insan
yang telah kau takdirkan menyintai orang lain yang jauh lebih hebat dariku. Aku
sedar segala kekuranganku aku x mampu menjadi sehebat itu hanya untuk meraih
cintanya. Mengapa juga harus kau
takdirkan insan yang dia sayang menjadi sahabatku. Telah aku bersumpah untuk
tidak mengkhianati erti sebuah
persahabatan dan perhubungan yang iklas terjalin keranamu. Tidak juga
aku mahu bermusuh hanya kerana si dia
yang belum tentu menjanjikan aku kebahagian dan kesenangan jika aku memilih untuk bersaing
mendapatkannya. Sungguh aku terseksa… semakin ingin aku menjauhinya semakin
dekat kau bawa aku kepadanya. Mengapa segala masalahku harus dia yang kau
takdirkan sebagai penyelamat dan pembantu mengapa tidak orang lain. Aku Cuma manusia biasa kadangkala tewas
mengikut naluri hati… begitu payah untuk aku melupakan…
Aku mendoakan
agar kau bahagia bersama insan yang kau suka semoga aku dipertemukan dengan
seseorang yang jauh lebih baik darimu……duhai hati kembali aku seru supaya kau
kembali mencari sang pencipta yang abadi
bukan mencari cinta rapuh dan sementara.
No comments:
Post a Comment