Tuesday, 18 March 2014

diary

Assalamualaikum dan salam sejahtera   



Hari ni aku penat giler tension….
Tak tahu lah kenapa.  Mungkin tersentap pasal isu semalam kot. Kalau nak cerita pasal assignment memang tak usah nak cakap. Baru selesai satu assignment yang baru dah nak menyusul. Tunggu duit pt tak masuk-masuk lagi. Apatak banyak barang dah mintak baru. Haru.. jelah hidup aku sejak akhir –akhir ni . kerja nak tidur je , lepas tu asyik nak makan tak henti-henti. Rasa malas malas tak usah cakaplah tahap petala terangung  . aku pun tak tahu nak wat apa.  Aku rasa fed up giler dgn semua ni. Nilah manusia dulu tak dapat sambung belajar meraung macam apa. Sekarang merungut pulak.. bukannya apa  aku seronok je belajar lau dapat pengajar yang baik. Ni jumpa tok guru cerewet mak dato mana aku tak stress. Sepatutnya sebagai pengajar diaorng patut faham keadaa student tu macam mana sebab diaorang dah melalui zaman pelajar. ni tak  ikut suka je nak suruh wat apa tanpa fikir keadaan kita orang yang rasa mcm nk hentak kepala kt dinding  je bila dapat tugasan yg mencabar minda n fizikal ni.


Monday, 17 March 2014

isu kahwin

Kahwin awal ataupun kahwin muda merujuk kepada perkahwinan antara lelaki dan perempuan pada usia 18-24. Untuk memudahkan lagi, pasangan yang mendirikan rumahtangga ketika mereka masih lagi belajar. Kahwin awal ini kembali menjadi perbualan di mulut para remaja mahupun ibubapa.
Dahulunya method ini adalah perkara biasa kepada datuk atau nenek kita. Tapi zaman globalisasi ini, berapa ramai yang berani menyahut seruan ini?
Mengapa harus takut dan ditangguh-tangguh niat murni anda? Jika dipertimbangkan hal ini, kahwin awal memang banyak manfaat dan kebaikannya :

1. Sudah ada yang berkenan di hati.
Untuk pengetahuan abah dan mama, saya telah menjumpai insan yang berjaya menarik segala perhatian saya kepadanya. Senang cerita, saya telah jatuh hati dengan dia. Orangnya baik,kuat agamanya,mempunyai ciri-ciri isteri dan anak yang soleh,rajin,seorang yang bijak dan yang paling penting dia sudah bersedia untuk menjadi seorang isteri yang baik dan juga seorang ibu yang hebat! Orangnya sudah ada, kenapa perlu ditangguhkan lagi kan?

2.Ingin menjaga mata,hati dan kemaluan
Mama dan abah yang dikasihi, memang perkahwinan ini bukan satu ruang untuk memuaskan nafsu semata. Namun kita perlu terima hakikat penciptaan manusia itu sendiri,kita diciptakan bersama dengan nafsu. Setinggi mana iman saya pada waktu itu, saya tetap tidak mampu untuk melarikan diri dari zina mata,zina hati dan minta jauh pada zina kemaluan. Kiri kanan depan belakang saya sentiasa berhadapan dengan wanita. Tidakkah lebih baik jika pernikahan ini dipercepatkan agar mata,hati dan kemaluan saya lebih terjaga dari fitnah-fitnah ini?
3.Mencari ketenangan
Apa perasaan mama dan abah bila mula-mula kahwin dulu? Mesti mama dan abah rasa sangat-sangat tenang kan? Bila dah ada orang tersayang kat sisi,jiwa sangat-sangat tenang. Ni bukan saya reka cerita. Ni dalam quran pun ada sebut.
“Diantara tanda-tanda kekuasaan Allah ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya di antara kamu rasa kasih dan sayang.” (Surah Ar-Rum; Ayat: 21)
Ketenangan ini yang saya perlukan. Ketenangan dalam jiwa,ketenangan bila ingin beribadah dan juga ketengan dalam menuntut ilmu. Susah tau nak fokus dalam pelajaran bila jiwa meronta-ronta.


4.Teman dalam pelajaran

Abah dan mama risau pelajaran saya akan terganggu bila saya kahwin awal ye? Siapa cakap terganggu? Saya akan lebih bersemangat. Kahwin ini bukan matlamat hidup saya. Kahwin ini untuk melancarkan lagi perjalan saya menuju matlamat hidup saya yang utama. Isteri saya nanti boleh bersama saya,memberi sokongan. Kami boleh berlawan-lawan dalam mendapat keputusan yang lebih baik. Bukankah ini satu persaingan yang sihat? Dengan pasangan yang halal pulak tu kan?:)
5.Teman dalam kehidupan
Ini mungkin perasaan peribadi dari diri saya sendiri. Setiap manusia inginkan pasangan,ini fitrah. Mungkin naluri ini kelihatan terlalu awal menggelegak dalam diri saya ini namun kita tidak boleh bunuhnya begitu sahaja. Saya merupakan anak bongsu. Adik beradik saya semua sudah berkahwin. Secara jujurnya,sekarang saya selalu rasa sangat sunyi. Bila datang masa saya jatuh sakit, Ya Allahh..terasa sangat memerlukan seseorang berada disisi. Mama,dulu mama boleh menjadi peneman setia saya. Namun sekrang saya sudah berada sangat jauh dari mama. Saya perlukan seorang teman. Teman yang mampu mengambil tugas seorang ibu.
6.Teman dalam perjuangan
Kehidupan ini merupakan satu perjalanan menuju satu destinasi yang abadi. Ujian dan cubaan itu satu perencah dalam kehidupan ini. Saya boleh dan mampu menempuh semua ini seorang diri. Namun ada kalanya saat saya jatuh tersungkur,sedikit payah untuk saya bangun semula. Alanglah indahnya ada seorang insan yang menjadi teman setia dalam perjalanan ini. Lebih kuat dan teguh saya dalam perjalanan ini. Lebih laju dan berkualiti setiap masa kami. Saya dalam kesedihan,dia boleh menjadi pengubat duka. Saya sedikit terlari dari landasan,dia boleh kejutkan saya dan sama-sama mendirikan solat tahjud di malam hari. Kami tidak mahu menjadi manusia biasa,kami ingin menjadi pejuang agama,bangsa dan negara!
7.Hilang fokus
Mama dan abah yang amat saya cintai,masih kalian bersama saya?Mari kita teruskan. Saya ada cita-cita yang sangat besar. Saya bukan seorang budak univeriti yang tidak beragenda. Habis belajar,kahwin,dapat anak,sambung belajar sampai phd,pergi kuliah-kuliah agama,beli harta banyak-banyak sebagai aset dan seterusnya sehingga ajal menjemput. Saya bukan berfikiran tipikal rakyat sebegitu. Saya ingin membina ummah. Dan perjalanan ini sangat payah dan panjang. Namun buat ketika ini,hampir 50 peratus fokus saya telah hilang. Kerana gangguan perasaan dan faktor lain. Saya amat risau saya gagal sampai ke desitnasi. Saya memerlukan fokus itu kembali!
8.Remaja lebih produktif
Produktif ini bukan sahaja merujuk kepada zuriat hasil dari perkahwinan ini. Saya ingin buang jauh-jauh slogan sebegini “Rileks laaa..Muda lagi untuk kahwin. Enjoy dulu. Nanti menyesal baru tau.”. Slogan ini tidak ada dalam kamus hidup saya. Enjoy dulu? Saya takut tempoh enjoy ini saya sia-siakan dengan perkara yang langsung tidak memberi faedah kepada diri saya dan juga ummah keseluruhan. Tidak merasa rugi ke? Lagi saya takut jika dalam tempoh ini saya terus terjatuh kedalam arus maksiat. Nauzubillah! Bila saya berkahwin pasa usia yang muda, ruang untuk melakukan perkara-perkara “enjoy” sedikit sebanyak sudah tertutup. Saya selamat. Saya boleh fokus untuk terus berjuang dan berjalan berlari menuju matlamat yang hakiki itu.Saya takut saya mati dalam tempoh “enjoy” itu. Apa saya dapat? T_T
9.Menjadi lebih bertanggungjwab
Semoga dengan perkahwinan pada usia muda ini menjadikan saya seorang yang lebih bertanggungjwab dan matang. Sekarang ini pun saya sedang berusaha menjadi seorang yang bertanggungjawab. Mama dan abah taknak ke seorang anak yang matang dan bertanggungjwab? Atau nak seorang remaja biasa yang pada umur sekitar saya ini yang masih keluar lepak malam tanpa arah tuju dan agenda? Lepak di kedai mamak sehingga lewat malam semata-mata untuk menonton perlawanan bola sepak. Mesti tidak berkenan dengan jenis sebegini kan? Dengan sifat tanggungjawab ini, tidak sanggup saya bermudah-mudah dalam pelajaran saya. Ini masa depan saya. Insyaallah,tanggungjawab ini juga mampu menjadi pembakar obor semangat saya untuk berjaya dalam pelajaran dengan cemerlang.
10.Menjadi anak yang soleh

Saya ingin berkahwin awal ini pun bukan satu perkara seronok-seronok,hanya untuk memuaskan nafsu sahaja. Tapi ini juga salah satu kerangka dalam berubudiyyah kepada Allah. Salah satu jalan untuk saya lebih dekat dan taqarrub dengan Dia. Semoga segala cabaran yang mendatang ini menjadikan saya lebih dekat dengan Allah. Lebih beriman dan menjadi hamba yang taat. Bila Allah cakap saya perlu menjadi anak yang soleh dan taat kepada kedua ibu bapa, saya sebagai hamba Allah yang taat akan menyerahkan seluruh hidup untuk menjadi anak yang soleh. Mama dan abah mesti gembirakan bila dapat anak sebegini? Doakan saya menjadi anak yang soleh.
11 Fikiran lebih matang
Berkahwin dapat merubah hidup seseorang yang dahulunya terumbang-ambing kepada lebih berwawasan. Tiada lagi masa untuk melepak bersama rakan, membaca komik atau ber-facebook, dan digantikan dengan perkara yang lebih berfaedah dan matang.

12 Membaiki diri
Ramai mengakui, turning point paling penting dalam kehidupan mereka adalah perkahwinan kerana mulai detik itulah mereka berubah menjadi insan yang lebih baik. Sikap panas baran dan pemalas semasa zaman bujang dapat dikikis sedikit demi sedikit. Si isteri pula sudah rajin untuk ke dapur dan mengemas rumah. Solat juga didirikan secara berjemaah andai ada kelapangan masa.
13 Plan jangka panjang
Jika berkahwin muda, sudah tentu memperoleh cahaya mata awal. Belum sampai waktu persaraan pun tanggungjawab untuk anak-anak sudah selesai kerana mereka semua sudah besar panjang. Dengan tubuh yang masih cergas, ekonomi yang kukuh, dan anak-anak pun sudah dewasa, suami isteri bolehlah menghabiskan masa-masa yang selebihnya berdua ataupun pergi honeymoon tanpa gangguan 

14 Seks yang lebih berkualiti
Pastinya tenaga di usia muda lebih kuat berbanding lewat umur. Tahukah anda, menurut kajian perubatan, antara faktor utama kemandulan adalah berkahwin lambat? Kaum hawa juga perlu waspada di mana jika anda berkahwin di usia lingkungan 35 tahun, anda mungkin dinasihatkan untuk tidak mengandung kerana bimbang berlaku komplikasi.
15 Rezeki bertambah
Antara alasan mereka yang mahu melambat-lambatkan perkahwinan ialah kerana kekurangan kewangan. Makan minum, pakaian, ansuran kereta dan rumah, lampin anak, kirim duit kepada mentua dan macam-macam lagi yang selalu memukul kotak fikiran. Tapi percayalah, Tuhan tidak akan membebankan hambanya melebihi apa yang bisa ditanggung oleh mereka. Berkahwin adalah tuntutan agama, dengan sendirinya rezeki itu akan datang kepada anda walaupun pada mulanya sedikit, tapi kelak anda akan dapat mengatasi kesulitan itu selagi anda percaya dan bepegang kepada rahmat-Nya.


Assalamualaikum  
hai aku nak komen pasal tajuk diatas ya. tengah -tengah ralit buat kerja entah macam mana aku tergerak nak bukak fb yang jarang  aku nak tengok. Rupa-rupanya Allah nak suruh aku baca artikel ni. Sebenarnya artikel ni ada lagi. aku baru copy satu je. BIla aku baca je terus aku jadi tersentuh.  Dengar sini kahwin muda tak pernah ada perkataan haram atau salah jika kita imbas dari zaman Rasulullah hingga zaman ibu bapa kita ramai je yang kahwin muda. Tapi aku nak tanya adakah kita sebagai remaja hari ni dah siap bersedia nak tempuh alam yang satu ni. itu tepuk dada tanya iman masing-masing.  kalau korang betul dah siap sedia dari fizikal dan mental then korang boleh prosceed dengan hajat korang.  Cuma satu aku nak pesan jangan korang tambahkan bilangan kes perceraian  yang dah begitu teruk melanda sekarang ni. korang tahu tak jumlah permohonan perceraian sama banyak dengan permohonan perkahwinan.  Aku tak nafikan kenyataan diatas salah malah  itu memang fakta yang tepat pun. Aku cuma bimbang ramai daripada kita menyalahgunakan tiket perkahwinan sebagai barang permainan. Nak tahu kenapa aku cakap macam tu. sebabnya  ramai anak muda sekarang berkahwin hanya untuk memnghalakan hubungan antara lelaki dan perempuan sahaja.
Mereka tak pernah fikir pasal tanggungjawab untuk membentuk keluarga bahagia serta  diredhai ALLAH sehingga ke jannahnya. Bila mereka tak suka atau tak serasi mereka gunakan perceraian sebagai jalan penyelesaian. Tahu tak hal ini menyebabkan banyak pihak yang mendapat susah . Terutama keluarga sekiranya pasangan yang dah berkahwin tak mempunyai zuriat tak kisah sangat. Ini anak berderet-deret, bila bercerai anak jadi mangsa. kesian dengan anak -anak kecil yang tak tahu apa-apa ni.kebelakangan ni kerap kali keluar paper pasal anak didera,dibunuh . Bagi ibu bapa yang dah bercerai mengapa mereka lebih mementingkan kekasih yang baru sehingga amanah tuhan dipersiakan.
Kalau ya pun benci dengan ex masing-masing ank -ank 2 x berdosa jangan sampai jadi masa. mereka lahir hasil daripada rasa cinta korang. Setiap kali aku tengok berita pasal kanak-kanak teraniaya aku jadi sedih sangat. mereka tulah pewaris negara pada masa hadapan. 
  Aku nasihatkan bagi pasangan yang nak kahwin sangat2 tu korang minta pertujuk dengan tuhan dulu,  buat pilihan betul-betul ,minta restu dengan ibu bapa yang penat menjaga kita selama ini jangan kerana cinta yang belum tentu cinta sejati tu korang sanggup malukan diaorang dengan kahwin lari ok. Aku tak  nak korang menyesal di kemudian hari. dan aku tak dengar korang bercerai selepas tu biarlah bahagia sampai akhir hayat itu yang nak aku dengar.  Aku cakap ni bukan pasal aku bencikan lelaki atau perkahwinan. Jika sekarang aku berjumpa dengan sidia  yang memenuhi   kritea yang aku cari dan  jodoh aku pun dah sampai  aku  juga akan akan ikut  perintah Allah dan nasihat rasulullah s.a.w(kahwin)
 Akhir sekali tepuk dada tanya iman.....
P/s tolong jangan cemarkan agama islam yang suci dan indah  khasnya  dalam isu perkahwinan dan perceraian terutama bagi remaja melayu yang beragama Islam .

HOBI

Assalamualaikum  . J

 Hari ni aku share dengan korang something. Semalam aku baru habis baca  novel  yang bertajuk Hello suami  Hai  isteri. Nak kata best tu bolehlah.  Sebernanya aku pun dah lama tak membaca sejak aku sambung belajar lagi jadi kelajuan membaca tu dah mula slowlah. Dula kalau setakat 500 – 1000 m/s satu hari pun boleh habis. Sekarang jangan harap.. Nak habis satu novel seminggu pun dah payah. Yelah aku kena beri tumpuan dekat assignment aku yang berlambak ni. Kalau tak siap cari nahas jelah. Oleh sebab tu aku cuma membaca bila aku dah terlampau stress atau bosan je.Yang aku baca ini pun ambil masa dua hari baru nak khatam. Ceritanya pasal dua orang yang berperangai pelik suka hidup dalam dunia sendiri. Yang lelaki digelar otakku sebab asyik membaca manga, menonton anime je. Yang perempuan manja terlebih jadi  begitu sebab dia trauma dengan kisah silam kanak-kanak. Parent mereka berdua telah sepakat nak kahwinkan diaorang sebab perangai diaorang yang pelik tu. Bila dah kahwin diaorang buat perjanjian untuk bahagiakan perkahwinan mereka. Aku nak cakap mesti best giler kalau aku dapat laki macam dalam novel ni.  Romantik dan memahami..  haha melawak je aku memang macam ni. Tak percaya korang tanyalah kaum hawa yang mempunyai hobi macam aku. Nescaya diaorang pun akan jadi macam aku. Bayangkan character mr right idaman hati. Nak-nak kalau character hero 2   memang  superb. Realitynya entahlah  kadang-kadang aku tertanya adakah lelaki sempurna yang digambarkan dalam setiap novel 2 wujud. Aku ni memang jenis memilih tapi kalau  dah terjumpa kaum Adam yang sempurna serba –serbi dari segi akhlak,  agama, dan sifat hati perempuan mana yang tak cair.  Hilang stress aku  sekejap.. ada banyak lagi yang aku nak  share tapi lain kali la ya.

Sunday, 16 March 2014

Diary

Assalmualaikum dan salam sejahtera


 Terlebih dahulu aku ingin minta maaf pasal segala yang ada  dalam blog ni aku tulis sekadar untuk meluahkan perasaan aku  je tak lebih tak kurang. Aku tak ada niat pun nak menyinggung mana-mana pihak.  Jika ada yang terasa hati dengan tulisan aku ni aku mintak maaf. Aku x berniat nak buat korang terasa.   Harap korang faham…
                      Hari ni aku rasa malas gila…. Hujan satu hari menyebabkan aku rasa nak tidur sepanjang hari  je. Sebenarnya aku stress pasal assignment aku yang berlambak tak siap. Paling aku bengang subjek c&I . Penat kepala otak  fikir , aku nak cipta apa untuk produk baby,  bagi macam2 idea asyik kena reject je esok dateline dia produk x approve 2 lagi. Aku ni nama ada pengalamam jadi baby sister tapi tak tahu pun produk apa yang sesuai dengan bayi. Korang ada idea tak boleh share dengan aku. Aku pulak jenis manusia memang tak berapa nak amik tahu perkembangan semasa . kebanyakan idea yang terlintas semua dah ada kat pasaran. Al-maklum lah dulu aku jaga budak pakai system tradional bukan moden macam sekarang ni. Pakai buaian yang ayun sendiri je . aku duduk kat kampung bukan Bandar. Aku jenis manusia lambat dengan pengunaan teknologi ni. Teruk x aku......  aku tak tahulah kenapa aku subject ni susah sangat malah lagi seksa dari statistic. Ramai senior kata subject statistic subject killer sebab ada sejarah student amik 6 kali tak pass. tapi bagi tak pulak. aku rasa subject c&i lagi killer dari statistic.  

  

Friday, 14 March 2014

my diary

Aku tak tahu kenapa stress sangat2. Tension tahap gaban. Rasa macam nak menjerit satu dunia je. Aku tak tahulah aku silap amik bidang ke apa. Gilaaa… sem ni menuntut kreativiti aku yang teramat tinggi dahlah aku ni jenis x berapa nak kreativi boleh pulak  time macam ni dia nak guna juga creativity ni.
Lagi satu masalah hal perasaan kenapa sejak –sejak akhir-akhir ni perasaan sunyi ,bosan,pilu, sedih ah segala macam perasaan yag aku sukar nak gambarkan. Kenapa bila orang bercerita pasal  boyfried  atau pasal kahwin je aku terus tersentap. Tahulah tahun ni aku nak masuk 21 umur yang boleh dikira agak matanglah jugak. Yang aku heran sebelum ni perasaan ni tak begitu hebat melanda walaupun aku di hujani dengan pelbagai soalan dan usikan. Sejak umur 12 tahun lagi orang dah tanya dengan aku bila nak ada pakwe, kahwin..sampai sekarang ni pun aku dah lali sebenarnya. Entahlah mungkin faktor perubahan hormone agaknya yang buat aku rasa macam tu. Apa tidaknya ramai kawan aku habis je form  five dah ada yang kahwin sekarang ni lagilah asal  balik cuti je ada je khabar pasal diorang bertunangla, kahwinlah, mana aku tak tension tambah aku stress bila diorang tanya aku bila lagi.. bengang tahap kesepuluh dah ni. Macamlah aku ni tak laku sangat….
Apa ingat aku ni teruk sangat ke??? Kalau tak tak adalah scene aku gaduh member sekelas pasal lelaki, putus dengan baik sendiri pun sebab lelaki. Macam mana nak cakap  sebenarnya it complicated actually. Nak kata ramai yang berminat boleh lepas dari bilangan jari .masalahnya aku tak berkenan  dengan diaorang punya sikap ada juga yang berkenan  tapi nasib aku malang elok je aku nak usha rupanya dah berpunya tambah lagi haru awek diaorang  kawan sendiri atlast giveup macam tu jelah malas nak cari pasal.
Aku pun bukan jenis perampas hak orang. Faham dah bukan jodoh kita nak buat macam mana. Ehh..aku tak kata aku pernah bercinta tapi minat je kat diaorang. Sumpah aku memang tak  pernah bercinta.  Aku Cuma suka je tak pernah sampai tahap bercouple atau lebih. Pelikkan aku. Lelaki –lelaki yang aku berkenan  pun dah aku tapis dah bukan sebarang lelaki yang boleh buat aku berminat diaorang. Ha Nampak x kecerewetan aku… korang boleh bayangkan  sendiri..
Orang selalu kata kita benci kan seseorang akhirnya kita akan sukakan dia. Dalam kes aku ni rumit sebab bukan seorang lelaki yang aku benci  ramailah jugak. Dan masalahnya sekarang aku rasa fakta tu macam tak berapa nak betul je.. iye ke tak betul kalau x kenapa time2 macam ni aku asyik teringat kat seseorangaku benci sangat2 senjak dari aku sekolah menengah lagi. Cerita dah lama masalahnya kenapa mesti dia…. Ramai lagi bermusuh dengan aku ,bila habis je tahun persekolahan benda turn to normal. X pulak aku jadi macam ni hanya  dia seorang je aku tak punya jawapan…….  Dengan dia walau dah bertahun  aku tinggalkan mengapa hingga saat ni jika aku rasa segala prasaan di atas tu, nama dia asyik melintas dalam fikiran aku. Kadang –kadang aku bertanya  adakah aku dengan dia ada jodoh ke? Yelah mana tak resah  sepanjang aku kenal dia bukak mulut pun x pernah apatah lagi nak berbual walaupun aku dengan dia sekelas, satu group tugasan.  Aku benci dia… sebab mulut dia macam longkang. Muka 2 okeylah kalau tak takkan lah dia dia jadi kegilaan ramai budak perempuan sekolah aku dulu. Sampaikan kawan aku memerangkap kawan tak berapa baik tu pun boleh syok gila kat dia… huh.. sengasara aku dibuatnya 5 tahun aku kena menghadapnya. Lega aku bila habis form 5 dia blah dari sekolah aku ingat selesai masalah rupanya x bila tiba2 je dia muncul depan sekolah semasa form6. Dulu . dah la cara dia pandang aku semacam je sampaikan  kawan aku yang baru pindah sekolah pun perasan. Kawan aku boleh kata mamat bajet baggus tu kenal aku dan kitaorang ni pernah ada hubungan ke. Aku pun cakaplah yang mamat 2 musuh aku. Itu kali terakhir aku jumpa dia.  Tapi entahlah macam  aku cakap  tadi aku x tahu kenapa nama dia harus hadir disaat  aku tengah serabut maccam ini. Terus terang aku cakaplah aku x Nampak  mana mamat tu boleh tolong aku sedangkan masa kenal dia .dia dah bawak macam2 masalah  lagilah kalau aku betul ada jodoh dengan dia.Haru hidup aku ….feeling stresss.............