Aku tak tahu kenapa stress sangat2. Tension tahap gaban.
Rasa macam nak menjerit satu dunia je. Aku tak tahulah aku silap amik bidang ke
apa. Gilaaa… sem ni menuntut kreativiti aku yang teramat tinggi dahlah aku ni
jenis x berapa nak kreativi boleh pulak
time macam ni dia nak guna juga creativity ni.
Lagi satu masalah hal perasaan kenapa sejak –sejak
akhir-akhir ni perasaan sunyi ,bosan,pilu, sedih ah segala macam perasaan yag
aku sukar nak gambarkan. Kenapa bila orang bercerita pasal boyfried
atau pasal kahwin je aku terus tersentap. Tahulah tahun ni aku nak masuk
21 umur yang boleh dikira agak matanglah jugak. Yang aku heran sebelum ni
perasaan ni tak begitu hebat melanda walaupun aku di hujani dengan pelbagai
soalan dan usikan. Sejak umur 12 tahun lagi orang dah tanya dengan aku bila nak
ada pakwe, kahwin..sampai sekarang ni pun aku dah lali sebenarnya. Entahlah
mungkin faktor perubahan hormone agaknya yang buat aku rasa macam tu. Apa
tidaknya ramai kawan aku habis je form
five dah ada yang kahwin sekarang ni lagilah asal balik cuti je ada je khabar pasal diorang
bertunangla, kahwinlah, mana aku tak tension tambah aku stress bila diorang
tanya aku bila lagi.. bengang tahap kesepuluh dah ni. Macamlah aku ni tak laku
sangat….
Apa ingat aku ni teruk sangat ke??? Kalau tak tak adalah scene aku
gaduh member sekelas pasal lelaki, putus dengan baik sendiri pun sebab lelaki.
Macam mana nak cakap sebenarnya it
complicated actually. Nak kata ramai yang berminat boleh lepas dari bilangan
jari .masalahnya aku tak berkenan dengan
diaorang punya sikap ada juga yang berkenan
tapi nasib aku malang elok je aku nak usha rupanya dah berpunya tambah
lagi haru awek diaorang kawan sendiri
atlast giveup macam tu jelah malas nak cari pasal.
Aku pun bukan jenis perampas hak orang. Faham dah bukan
jodoh kita nak buat macam mana. Ehh..aku tak kata aku pernah bercinta tapi
minat je kat diaorang. Sumpah aku memang tak
pernah bercinta. Aku Cuma suka je
tak pernah sampai tahap bercouple atau lebih. Pelikkan aku. Lelaki –lelaki yang
aku berkenan pun dah aku tapis dah bukan
sebarang lelaki yang boleh buat aku berminat diaorang. Ha Nampak x kecerewetan
aku… korang boleh bayangkan sendiri..
Orang selalu kata kita benci kan seseorang akhirnya kita
akan sukakan dia. Dalam kes aku ni rumit sebab bukan seorang lelaki yang aku
benci ramailah jugak. Dan masalahnya
sekarang aku rasa fakta tu macam tak berapa nak betul je.. iye ke tak betul
kalau x kenapa time2 macam ni aku asyik teringat kat seseorangaku benci sangat2
senjak dari aku sekolah menengah lagi. Cerita dah lama masalahnya kenapa mesti
dia…. Ramai lagi bermusuh dengan aku ,bila habis je tahun persekolahan benda
turn to normal. X pulak aku jadi macam ni hanya
dia seorang je aku tak punya jawapan…….
Dengan dia walau dah bertahun aku
tinggalkan mengapa hingga saat ni jika aku rasa segala prasaan di atas tu, nama
dia asyik melintas dalam fikiran aku. Kadang –kadang aku bertanya adakah aku dengan dia ada jodoh ke? Yelah
mana tak resah sepanjang aku kenal dia
bukak mulut pun x pernah apatah lagi nak berbual walaupun aku dengan dia
sekelas, satu group tugasan. Aku benci
dia… sebab mulut dia macam longkang. Muka 2 okeylah kalau tak takkan lah dia
dia jadi kegilaan ramai budak perempuan sekolah aku dulu. Sampaikan kawan aku
memerangkap kawan tak berapa baik tu pun boleh syok gila kat dia… huh..
sengasara aku dibuatnya 5 tahun aku kena menghadapnya. Lega aku bila habis form
5 dia blah dari sekolah aku ingat selesai masalah rupanya x bila tiba2 je dia
muncul depan sekolah semasa form6. Dulu . dah la cara dia pandang aku semacam
je sampaikan kawan aku yang baru pindah
sekolah pun perasan. Kawan aku boleh kata mamat bajet baggus tu kenal aku dan
kitaorang ni pernah ada hubungan ke. Aku pun cakaplah yang mamat 2 musuh aku.
Itu kali terakhir aku jumpa dia. Tapi
entahlah macam aku cakap tadi aku x tahu kenapa nama dia harus hadir
disaat aku tengah serabut maccam ini.
Terus terang aku cakaplah aku x Nampak mana
mamat tu boleh tolong aku sedangkan masa kenal dia .dia dah bawak macam2 masalah
lagilah kalau aku betul ada jodoh dengan
dia.Haru hidup aku ….feeling stresss.............
No comments:
Post a Comment