Monday, 17 March 2014

HOBI

Assalamualaikum  . J

 Hari ni aku share dengan korang something. Semalam aku baru habis baca  novel  yang bertajuk Hello suami  Hai  isteri. Nak kata best tu bolehlah.  Sebernanya aku pun dah lama tak membaca sejak aku sambung belajar lagi jadi kelajuan membaca tu dah mula slowlah. Dula kalau setakat 500 – 1000 m/s satu hari pun boleh habis. Sekarang jangan harap.. Nak habis satu novel seminggu pun dah payah. Yelah aku kena beri tumpuan dekat assignment aku yang berlambak ni. Kalau tak siap cari nahas jelah. Oleh sebab tu aku cuma membaca bila aku dah terlampau stress atau bosan je.Yang aku baca ini pun ambil masa dua hari baru nak khatam. Ceritanya pasal dua orang yang berperangai pelik suka hidup dalam dunia sendiri. Yang lelaki digelar otakku sebab asyik membaca manga, menonton anime je. Yang perempuan manja terlebih jadi  begitu sebab dia trauma dengan kisah silam kanak-kanak. Parent mereka berdua telah sepakat nak kahwinkan diaorang sebab perangai diaorang yang pelik tu. Bila dah kahwin diaorang buat perjanjian untuk bahagiakan perkahwinan mereka. Aku nak cakap mesti best giler kalau aku dapat laki macam dalam novel ni.  Romantik dan memahami..  haha melawak je aku memang macam ni. Tak percaya korang tanyalah kaum hawa yang mempunyai hobi macam aku. Nescaya diaorang pun akan jadi macam aku. Bayangkan character mr right idaman hati. Nak-nak kalau character hero 2   memang  superb. Realitynya entahlah  kadang-kadang aku tertanya adakah lelaki sempurna yang digambarkan dalam setiap novel 2 wujud. Aku ni memang jenis memilih tapi kalau  dah terjumpa kaum Adam yang sempurna serba –serbi dari segi akhlak,  agama, dan sifat hati perempuan mana yang tak cair.  Hilang stress aku  sekejap.. ada banyak lagi yang aku nak  share tapi lain kali la ya.

No comments:

Post a Comment