Monday, 7 December 2015

ISU MORAL

ISU MORAL : KEGIATAN HOMOSEKSUAL DI KALANGAN ORANG MELAYU DI MALAYSIA

Akhir-akhir ini kita sering didedahkan dengan pelbagai isu sosial yang melibatkan orang Melayu yang beragama Islam. Ini termasuklah isu murtad, pergaulan bebas dan gejala sosial seperti homoseksual, gay dan lesbian. Tidak dapat dinafikan bahawa golongan homoseksual semakin berkembang bukan sahaja di Malaysia malah di seluruh dunia. Apa itu homoseksual? Bagaimana ia muncul di tengah-tengah arus kemodenan?

Homoseksual ditakrifkan sebagai hubungan seksual antara orang yang sejenis jantinanya, baik sesama lelaki atau sesama wanita. Namun istilah homoseks ini biasanya digunakan untuk lelaki. Beberapa pakar mempunyai pendapat yang berbeza mengenai homoseks Dr. Sarlito Wirawan Sarwono mengatakan : “ Homoseksual adalah hubungan seks antara dua orang yang sama jenis kelaminnya.” . Manakala Dr. Ali Akbarmengemukakan bahawa yang dimaksud dengan homoseksual adalah mencari kepuasan seksual dengan jenis yang sama. Dr. Eustace Chesserpula berpendapat bahwa homoseksual adalah cinta di antara orang dari jantina yang sama.

Istilah lesbian diistilahkan bagi wanita-wanita yang melakukan hubungan seksual sesama wanita. Lesbian ertinya para wanita lesbian ini cenderung untuk mencintai sejenisnya dan ia akan mendapatkan kepuasan seks bila dilakukan dengan wanita, bukan dengan lelaki.

SEBAB-SEBAB TERJADI HOMOSEKSUAL

Pakar seksologi mempunyai pendapat yang berbeza mengenai sebab wujudnya hubungan sesama jenis. Ada yang mengatakan kerana pembawaan dan ada pula yang berpendapat kerana faktor-faktor psiko. Beberapa penyebab telah dikesan pakar seksologi mengapa seseorang menjalani hubungan sesama jenis antaranya Moerthiko berpendapat bahawa homoseksual itu terjadi kerana pengalaman-pengalaman di masa lampau tentang seks yang meninggalkan kesan mendalam pada pemikirannya. Ini diperhatikan pada kehidupan seharian, samada dipengaruhi peristiwa masa lalu didera secara seksual. Sebagai contoh, hal yang berlaku di sekolah-sekolah berasrama penuh atau sekolah yang hanya mempunyai satu gender sahaja. Kemungkinan terhadap kewujudan golongan ini agak tinggi.

Ann Landers mengatakan bahawa homoseksual atau lesbian boleh terjadi kerana salah didikan semasa kecil atau perlakuan orang tua yang salah. Misalnya ibu bapa terlalu inginkan anak lelaki atau anak perempuan, semasa dalam tempoh membesar, anak lelaki atau anak perempuan itu diasuh dengan cara yang sebaliknya ( tidak mengikut keperluan jantina ) dari segi pakaian, akhlak dan perilaku anak.

Zakiah Darajat mengatakan bahawa wujudnya homoseksual atau lesbian itu kerana dipengaruhi persekitarannya, seperti terjadi pada orang-orang yang hidup terpisah, yang jauh dari lawan jantinanya, mungkin disebabkan kerana tugas, adat kebiasaan, atau peraturan yang sangat keras, yang tidak memberikan kesempatan untuk berkenalan dengan lawan jantina.

Peranan ibu bapa turut menyumbang kepada penyelewengan sifat golongan ini. Tokoh ayah terlalu dominan dan ibu pasif menghasilkan anak perempuan yang agak menonjol sifat kelelakiannya. Begitu juga sebaliknya ibu terlalu dominan dan ayah pasif, keadaan ini dilihat pada anak lelaki yang dibesarkan oleh ibu dan dikelilingi adik beradik perempuan, menjadikan ia berkelakuan seperti perempuan lazimnya. Umumnya hal-hal sebegini dianggap oleh pakar sebagai penyebab utama wujudnya golongan homoseksual.

Selain itu, terdapat di antara mereka yang terlibat dalam homoseksual mempunyai peribadi yang lemah. Mereka tidak yakin pada jantina sendiri, malah sering merasa diri mereka mempunyai jantina yang berlawanan dengan keadaan semula jadi mereka.

Hukum dan Pendapat Ulama Tentang Homoseks dan Lesbian

Syariat Islam memandang bahawa perbuatan homoseks dan lesbian itu haram, dan para ulama juga telah sepakat tentang pengharamannya.
Para Ulama Fiqh sepakat mengharamkan lesbian ini berdasarkan Hadits Nabi :
“ Janganlah lelaki melihat aurat lelaki dan janganlah wanita melihat aurat wanita lain dan janganlah lelaki bersentuh dengan lelaki lain di bawah sehelai kain dan janganlah wanita dengan wanita lain di bawah sehelai kain.” ( HR. Abu Daud, Muslim, Ahmad, dan Tirmidzi ).

Namun, Para Ulama Fiqh berbeda pendapat tentang hukuman bagi orang yang menjalani hubungan sesama jenis :
Imam Syafi’i berpendapat bahwa pasangan sesama jenis dihukum mati berdasarkan hadits Nabi, riwayat Khamsah dari Ibnu Abbas :

من وجد تموه يعمل عمل قوم لوط فاقتلوا الفاعل و المفعول به ( رواه الخمسة )

“Barangsiapa menjumpai orang yang berbuat homoseks seperti yang dilakukan kaum Luth, maka bunuhlah si pelaku dan yang diperlakukannya ( pasangannya ).

Pendapat al-Auza’i, Abu Yusuf, dan lain-lain, hukumannya disamakan dengan hukuman zina, yakni hukuman dera dan pengasingan untuk yang belum menikah, dan dirajam untuk pelaku yang sudah menikah, berdasarkan hadits Nabi :

إذا أتى الرجل الرجل فهما زانيان

“ Apabila seorang lelaki melakukan hubungan seks dengan lelaki lain, maka kedua-duanya adalah berbuat zina.”

Abu Hanifah berpendapat bahwa pelaku homoseks dihukum ta’zir, iaitu hukuman yang bertujuan edukatif ( mendidik ), dan berat ringan hukuman itu diserahkan kepada Hakim.
Menurut Sayyid Sabiq, bahawa lesbian di hukum ta’zir. Jadi hukuman terhadap lesbian lebih ringan bila dibandingkan dengan hukuman homoseksual. Hal ini disebabkan kerana perbezaan perlakuan.

KESAN DARIPADA KEGIATAN HOMOSEKSUAL.

Menurut Dr. Muhammad Rashfi dalam kitabnya al-Islam wa al-Tib mengatakan bahawa Islam melarang keras homoseks yang mempunyai kesan negatif terhadap kehidupan peribadi dan masyarakat, antara lain seorang gay tidak mempunyai keinginan terhadap wanita. Jika mereka melangsungkan perkahwinan maka isterinya tidak akan mendapatkan kepuasan biologi, kerana minat seksual suami yang cenderung kepada lelaki dan akibatnya hubungan suami isteri menjadi renggang tidak tumbuh cinta dan kasih sayang. Keduanya, perasaan cinta antara sesama jenis membawa kelainan jiwa yang menimbulkan suatu sikap dan perilaku yang ganjil, seorang gay kadang-kadang berkelakuan seperti lelaki dan pada masa yang sama seperti wanita. Selain itu, homoseks boleh mengakibatkan kerosakan pada saraf otak, melemahkan akal dan menghilangkan semangat kerja serta mudah terjangkit berbagai penyakit berbahaya.


Dari sudut kesihatan pula, kegiatan gay dan lesbian juga tidak digalakkan. Ini kerana menurut kajian dari pakar perubatan menunjukkan bahawa golongan gay dan lesbian adalah golongan yang berisiko tinggi untuk mendapat penyakit mental ( kemurungan / membunuh diri ), penyalahgunaan dadah dan pil khayal serta menimbulkan masalah tingkah laku yang serius. Yang paling penting, mereka berisiko tinggi untuk mendapat Jangkitan seksual (STI's) jika mereka melakukan hubungan seks tanpa perlindungan, terutama AIDS mula sekali dikesan di kalangan lelaki homoseksual yang mana perbuatan liwat mudah dijangkiti virus HIV.

AKIBAT AKTIVITI HOMOSEKSUAL :

Institusi perkahwinan akan runtuh
Mendapat balasan azab diakhirat
Dijangkiti pelbagai jenis penyakit seperti sifilis dan AIDS
Masyarakat tidak aman dan tenteram
Maruah diri, masyarakat dan agama tercemar


HIKMAT ALLAH MENGHARAMKAN HOMOSEKSUAL:

Lahir keturunan bersih dalam keluarga
Jiwa sentiasa tenang
Diri selamat dari penyakit merbahaya yang tiada ubatnya
Wujud pergaulan yang bermoral / akhlak mulia dalam masyarakat


SENARIO HOMOSEKSUAL DI MALAYSIA

Walaupun Malaysia diiktiraf sebagai Negara Islam, namun kegiatan homoseksual kian berkembang di negara ini. Ini dibuktikan dengan pendedahan yang dibuat oleh beberapa media. Menurut satu kajian yang dilakukan oleh i-Kon Berita Harian membabitkan 100 orang remaja di sekitar Kuala Lumpur dan Shah Alam mendapati 31 peratus daripada mereka mengaku sudah melakukan hubungan seks dan 23 peratus daripada kelompok ini melakukan perbuatan itu sebelum mencecah usia 15 tahun. Hal ini dilaporkan di bharian.com.my pada 30 Julai 2005, dibawah tajuk seks luar nikah oleh Diyanah Anuar

Jika kita menyingkap berita beberapa bulan sebelum ini, kita telah dikejutkan dengan isu kahwin sejenis yang berlaku di Sarawak, tetapi pasangan yang dimaksudkan itu kedua-duanya adalah lelaki, di mana salah seorang di antaranya telah melakukan pembedahan plastik dan berjaya menukar jantinanya menjadi seorang perempuan. Perkahwinan mereka telah disahkan oleh salah sebuah gereja di negeri itu.

Isu tersebut telah mendapat liputan dan juga maklumbalas yang meluas di kalangan pelbagai pihak di negara ini, termasuklah para ilmuan, mufti, ahli siasah dan lain-lain.

ISU TPPA

ISU TPPA DARI PERSPEKTIF MAHASISWA

PKPIM-ADMIN AUGUST 14, 2013 0
ISU TPPA DARI PERSPEKTIF  MAHASISWA
Kebelakangan ini, Malaysia dihimpit dengan pelbagai persoalan pembuatan dasar dalam dan luar Negara terutama dalam hal ehwal ekonomi semasa. Isu yang dimaksudkan adalah berkenaan dengan perundingan persefahaman Perjanjian Kerjasama Trans-Pasifik atau lebih dikenali dengan Trans-Pacific Partnership Agreement (TPPA). Perjanjian ini telah melibatkan 12 buah negara iaitu Malaysia, Amerika Syarikat, Australia, Brunei, Kanada, Chile, Mexico, New  Zealand, Peru, Singapura, Vietnam dan Jepun.
Perjalanan perundingan TPPA ini tampaknya tidak melalui satu sesi konsultasi yang menyeluruh yang mana ketelusan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) dalam berkongsi maklumat dan teks penuh mengenai perjanjian secara multilateral ini masih lagi dipersoalkan. Rentetan daripada keengganan pihak MITI dalam mendedahkan maklumat yang penting kepada masyarakat awam, Majlis Tindakan Ekonomi Melayu (MTEM), selaku Ketua Badan Bertindak Bantah Pelaksanaan TPPA Malaysia telah menggesa agar pihak kerajaan perlu lebih berhati-hati dengan sebarang perjanjian yang melibatkan Negara asing terutama Negara maju agar kepentingan Negara Malaysia tidak tergadai hanya dengan melalui satu perjanjian. Oleh yang demikian, pandangan rakyat sebagai stakeholder harus diambilkira dalam menggalakkan penyertaan masyarakat awam khususnya dalam proses pembuatan dasar Negara.
“Pemimpin yang hebat tidak akan mampu mengekalkan kehebatannya seandainya tiada proses perbincangan (syura) bersama-sama dengan pengikutnya”, Tuan Haji Ahmad Azam, Naib Pesiden Wadah Pencerdasan Umat (WADAH). ALLAH telah membimbing kita dengan petunjukNya melalui surah Ali-Imran ayat 159 yang bermaksud :
“Maka disebabkan rahmat dari ALLAH-lah kamu berlaku lemah-lembut terhadap mereka. Sekiranya kamu bersikap keras lagi berhati kasar, tentulah mereka menjauhkan diri dari sekelilingmu. Kerana itu, maafkanlah mereka, mohonlah keampunan bagi mereka dan bemusyawarahlah dengan mereka dalam urusan itu. Kemudian apabila kamu telah membulatkan tekad, maka bertawakallah kepada ALLAH. Sesungguhnya ALLAH menyukai orang-orang yang bertawakal kepadaNya”.
Manakala dalil di dalam hadith Nabi adalah sebagaimana sabda Rasulullah S.A.W. yang bermaksud, “Bantu-membantulah kamu di dalam urusan-urusan kamu dengan musyawarah“. Konsep syuramemperlihatkan keadilan yang cuba ditonjolkan oleh Islam ke arah melahirkan kerajaan dan kepimpinan yang tidak pilih kasih dan jauh dari penindasan juga kezaliman.
Jelas sekali, dalam proses pembuatan keputusan tidak kira sama ada di peringkat lokal atau global, prinsipsyura atau konsultasi mestilah dititikberatkan oleh setiap yang bergelar pemimpin dan pengikut kerana ia melibatkan isu kepentingan awam dan kemaslahatan serta kebajikan rakyat jelata dalam survival sosio-ekonomi Negara. Dalam isu terkini, seharusnya pihak MITI lebih terbuka dalam menerima pandangan dan kritikan pelbagai pihak sebelum menandatangani sebarang perjanjian yang umum mengetahui ianya bakal memberi impak secara langsung terhadap lansdkap politik, ekonomi dan sosial Negara Malaysia.
Beberapa siri perundingan TPPA yang dihadiri oleh MITI telah selesai membincangkan 14 bab daripada 29 bab dalam TPPA antaranya termasuklah bab telekomunikasi, adat, pembangunan, prasarana perniagaan dan lain-lain. Namun, di manakah ruang yang MITI berikan kepada rakyat sebagai stakeholder utama dalam menyalurkan pandangan dan idea dalam bab-bab yang telah dirunding bersama negara-negara yang terlibat tersebut? Memandangkan proses ini tidak berlaku, justeru kami mengharapkan ketelusan daripada pihak MITI berhubung dengan penglibatan Malaysia dalam perjanjian ini.
Pelbagai persoalan yang tidak mampu dirungkaikan oleh pihak MITI secara jelas dan komprehensif. Hal ini temasuklah tentang persoalan Negara manakah akan merasai manfaat terbanyak dalam perjanjian ini? Berapakah threshold atau nilai peruntukan yang dipersetujui oleh Malaysia dalam perjanjian ini? Adakah perjanjian seumpama ini akan meningkatkan kos perubatan hasil daripada kesan langsung pelanjutan hak cipta atau paten ubat-ubatan? Adakah pembukaan kontrak kerajaan kepada syarikat asing akan mengehadkan peluang mendapatkan tender oleh syarikat tempatan? Apakah jaminan terhadap peluang pekerjaan bagi graduan-graduan lepasan universiti tempatan? Adakah perjanjian ini akan mengehadkan akses terhadap ilmu pengetahuan apabila undang-undang hak cipta menjadi lebih ketat? Apakah kesan terhadap polisi-polisi alam sekitar yang telah digubal oleh kerajaan Malaysia? Apakah nasib para petani Malaysia sekiranya tarif hasil ladang Amerika dikurangkan? Akhir sekali, adakah tindakan undang-undang akan diambil ke atas Malaysia berikutan tidak mematuhi mana-mana bab atau klausa dalam perjanjian ini? Persoalan-persoalan ini mestilah dijawab oleh pihak MITI secara telus dan berhemah demi menjawab kerisauan pemain-pemain industri yang akan menerima impak secara langsung atas setiap perjanjian yang ditandatangani oleh kerajaan Malaysia.
Sebagai echelon atau pelapis kepimpinan Negara pada masa hadapan adalah menjadi tanggungjawab mahasiswa bagi menyikapi isu ini dengan ilmu dan kemahiran yang ditimba di menara gading sesuai dengan fungsi sosial mahasiswa sebagai juru bicara umat. Isu yang dibangkitkan bukanlah isu yang enteng. Ianya wajar ditangani dengan kemahiran bacaan ekonomi semasa dan pengalaman daripada golongan-golongan yang berkelayakan untuk berbicara mengenainya termasuklah golongan cendekiawan dan mahasiswa. Menjadi kerisauan kita terutama warganegara kepada  sebuah Negara yang berdaulat tentang agenda kolonialisasi moden yang sedang berjalan secara halus terutama dalam bidang ekonomi. Kita tidak mahu sejarah silam berulang kembali sebagaimana yang berlaku dalam Perjanjian Pangkor 1874 yang menjadi entry point atau laluan yang sah terhadap penjajah British untuk menjalankan misi imperialisme di tanah air kita. “Those who forget the past are  condemned to repeat it”. Begitulah yang diungkapkan oleh George Santayana, ahli falsafah Barat yang memaknai isu yang melatari sisi-sisi kehidupan masa kini.
Oleh yang demikian, PKPIM  menyeru seluruh mahasiswa dan mahasiswi di seluruh Negara agar mengertakna (mengerti dan cakna) akan isu yang dibincangkan dan seterusnya berganding bahu dalam mencorakkan prasarana ekonomi Negara yang berpaksikan keadilan sosial dan menyantuni semua golongan dan lapisan masyarakat di Malaysia. PKPIM menyambut baik usaha pihak MITI dalam menganjurkan Open Day atau Rumah Terbuka pada 1 Ogos 2013 ini demi menjelaskan kepada masyarakat umum tentang agenda yang ingin dilaksanakan. Namun begitu, ketelusan dan kejujuran oleh pihak MITI amatlah diharapkan dalam menjunjung amanah rakyat untuk mengemudi pemerintahan Negara yang tercinta ini. Hal ini demi mengekalkan keharmonian dan seterusnya mencapai aspirasi masyarakat negara Baldatun Thayyibatun wa Rabbun Ghafur (negara yang subur, makmur, adil dan aman). InsyaALLAH. Hidup Biar Berjasa. Suara Mahasiswa!

Sunday, 15 November 2015

diari hati


Hari ini aku terpaksa bangun awal lagi. Jika semalam aku bekejar  untuk ke Universiti Malaya. Kali ini hendak ke Port Dikson pula. Kesemua peserta program di minta  berkumpul di perkarangan surau AL –Taqwa seawal 7.30 pagi. Dari situ kami akan bertolak ke PD bermula jam 8. Namun aturan ALLAH tiada siapa tahu. Benar seperti dikata manusia hanya mampu merancang. Namun allah penentu segalanya.  Perjalananan kami terpaksa ditunda gara –gara seorang rakan kuliahku tertinggal kunci kereta di dalam kereta sewa yang disewa untuk program tersebut. Entah di mana silapnya  dia tertinggal  kunci kereta yang diletak di bonet kereta sewaktu kami sibuk memasukkan peralatan dan makanan . bonet kereta itu ditutup sebelum sempat dia mengambil kunci kereta. Tambah mengharubirukan keadaan segala kunci , handphone kepunyaannya turut berada didalam kereta tesebut. Masing –masing sibuk memikirkan cara untuk membuka dan  mengambil kunci kereta bila pemilik kereta tidak mempunyai kunci pendua. Aku melihat kaum hawa jenuh menelepon ibu bapa masing –masing memberitahu situasi tersebut dan meminta pendapat .bermacam –macam idea yang timbul. Yang lelaki sibuk menggunakan pelbagai teknik. Sesekali ku tedengar gurauan  sinis menyapa bahawa mereka  begitu baik akhlaknya sehingga tiada pengalaman mencuri kereta . umum tahu pencuri kereta hanya mengunnakan besi atau dawai kecil sahaja untuk membuka pintu kereta tanpa membuatkan  orang sekeliling tersedar bahawa kereta itu hendak dicuri. Akhirnya mereka terpaksa memanggil tukang kunci untuk membuka kereta tersebut. Sambil menunggu tukang kunci sampai ketua program mengarahkan kereta –kereta lain begerak dahulu menuju destinasi. Terus terang ku katakan sewaktu menuggu mereka menyelesaikan masalah aku terasa seperti ingin membatalkan niatku mengikuti program dan kembali ke asramaku. Apatah lagi aku masih terasa kepenatan menempuh perjalanan semalam belum pulih sepenuhnya. Aku sampai di perkarangan asrama hampir pukul 11 malam dalam keadaan hujan lebat membasahi tubuh ku. Sampai di bilik rakan sebilikku mengajak makan diluar aku bersetuju kerana aku juga berasa sangat lapar dan kesejukan menempuh perjalanan hampir 3 jam . Aku mampu lena ketika jam menghampiri 1 pagi itupun setelah segala urusan penting selesai.
    

Arghh….. aku melepaskan satu keluhan kecil .jika semalam aku berkorban masa, tenaga dan wang sumpah aku tidak sekalipun rasa menyesal dengan apa yang ku lakukan. Tetapi tidak untuk hari ini. Aku benar –benar rasa masa , dan tenagaku terbuang begitu sahaja. Sedangkan masih banyak tugasan yang menanti untuk aku sudahi.  Soal wang tidak menjadi masalah setakat rm 15 ringgit yuran seorang bagiku memadai pada zaman sekarang. Lagipun jumlah tersebut lengkap dengan pakej makanan sarapan pagi dan tengahhari. Yang ku kesali program itu tidak mengikut seperti dirancang . gara –gara musibah yang melanda ia bertukar wajah 90 % .sepatutnya slot pagi dan petang selepas zohor akan diadakan kelas akhlak  bagi membincangkan tentang adab –adab orang islam sesama islam dan bukan islam serta batasan yang perlu dijaga. Tajuk ini diambil kerana dalam program ni terdapat orang bukan islam yang turut serta. Kawasan ini dipilih hanya untuk mewujudkan kelainan suasana sahaja tidak seperti  kebiaasaannya kami adakan kelas di dewan kuliah dan ia bertujuan menarik minat non –muslim untuk mendalami islam. Semua slot ini hanya tecatit kemas dalam tetatif dan laporan program sahaja. Slot pertama dan keempat sahaja yang terlaksana seperti dirancangan  Walaupun secara umumnya kulihat ia tidak berkesan.  Slot pertama ice breaking. Slot keempat pula sukan atau aktiviti pantai.
bersambung...... 

kembara dakwah

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx
Lailah : asif akak … malam ni Laila ada usrah 9-11.
Kak Azwar : oh, ok .jd hari jumaat la eh?
Lailah : in shaa Allah jumaat boleh.
Nadia : jumaat tengahhari or malam bolehla…

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx
Nadia : salam kak Azwar ..
            Hari  ni ada usrah X ?
Kak Azwar :         sepatutnya malam ni . tapi malam ni ada orang nak datang rumah. Ni tau la    sempat  ke  tidak nak berkejar lepas tu.
                                Nanti apa2 akak bagitau semula .
 Nadia : ok

Lailah : assalamualaikum kak.
                Esok kami perlu gerak macam mana?
                Akak bagi penerangan ..
                In syaa Allah kami cuba gerak sendiri.
Kak Azwar:  ok Lailah
                     Esok Lailah dan Nadia ambil ktm ke kl sentral .
                    Dari kl sentral  ambil LRT ke kampung Abdullah HUKM.
                    Lepastu naik teksi sampai dewan.
                 Nak ke KTM Seremban tu akak hantar ok tak ? pukul berapa nak akak jemput?
Lailah: In shaa Allah kami turun ke kafe 6.30
            Nak gerak awal
           Takut lewat sampai sana..
Nadia : salam
            Ok.
Kaka Azwar : Kafe mane ye ?
                         Bahaya x turun tu.
                         Eh , kasi akak jemput depan bangunan korang sorang2.
                        Bahaya korang pepagi macamtu .

Nadia: x pela kak kami ok ja.
            X bahaya pun.
             Kafe dekat depan bangunan blok Nadia.
             Kalau lepas subuh ramai je student turun situ.
             Kalau akak nak ambil dekat surau pun boleh.
Lailah : senang dekat kafe kak .
Xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx
Lailah : kami dekat kafe.
Kak Azwar : kalau dah sampai PASUM  Ni direction nak ke dewan.
                     Paling dekat Dewan Tunku Canselor di sebelah kanan . Terus depan lagi
                      Akan Nampak air terjun sebelah kiri. Terus lagi ada bus stop juga sebelah kiri. Lepas tu   
                      Ada simpang ke kiri. Dan ada signboard tunjukkan PASUM.
                     Tempat diambang  asuhan jepun B29.
Nadia : kami baru  sampai kl sentral kak.
Lailah : akak.. bagi no urus setia program.
Kak Azwar : dah dekat mana ? akak tengah mintak kejap ye.

Nadia :  Maaf kak. Al –hamdulillah kami selamat sampai pukul 10.15 td.
 Suasana di dalam dewan membuatkan aku terasa seperti aku  tersalah masuk tempat atau lebih tepat lagi layakkah aku berada disini. Pembentangan yang dibentang oleh ahli panel ku kira menarik. Namun isi kandungan pembentangan membuatkanku serba tidak kena. 100% boleh kukatakan segala kupasan yang dirungkai memerli diriku. Bait –bait madah yang telontar walaupun kedengaran lembut namun ia seakan –akan sinis menerjah cuping telingaku. Aku gagal untuk   memahami secara baik  apa yang ingin disampaikan tambahan lagi mereka menggunakan istilah –istilah yang begitu asing bagiku.  Kesalahan pertama ku kesan bila aku tidak cuba membaca atau meminta bahan yang sepatutnya aku fahami atau telaah  dari naqibahku  sebelum aku sampai ke program tersebut. Kesalahan kedua pula aku tidak melaksanakan segala tugasan dengan sempurna. Kesalahan ketiga aku sampai lambat dan aku telah tertinggal slot permulaan yang paling  penting. Walaupun begitu, di akhir program secara kasarnya aku dapat memahami tujuan asal aku berada disitu. Majlis berakhir tepat jam 6.30 pm.

Xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx
Lailah : kami dah naik KTM ke Seremban.
Kak Azwar: maaf.. akak baru baca massage.
                      Tadi telefon mati, lupa sangat.
                      Balik kolej naik apa?
Lailah: naik teksi… AL –Hamdulillah dah selamat sampai.
             X pe kak.
            Ya ke, al –hamdulillah
             Macammana daurah? Sipa pembentang?
            Moga dapat  istifadah  yang banyak.
Lailah : ramai  pembentang
             Al –hamdulillah … banyak dapat istifadah
Kak Azwar : al –hamdulillah
                      Moga makin maju dan gencar lagi dakwah.
Lailah : In shaa Allah kak.
             Bantu kami juga..

Kak Azwar: in shaa Allah…
                 : saling mendoakan …


Xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx
Nadia : salam akak
            Kak nak Tanya bahan / nota untuk program  semalam tu ada x dekat akak ?
             Kami nak baca .
Kak Azwar: ada, tapi kena print dulu. Sebab akhwat tak kasi sebar softcopy.
                   Nanti akak kasi by hand ya.
Nadia : ok , syukran Akak .
               Akak duit  yuran program semalam nak bayar dekat akak kak ke ? .
xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx


Nadia : Assalamualaikum kak Azwar
            Akak minggu ni akak nak buat usrah tak ?
             Sebab hari jumaat ni kami dah balik kampung . Cuti midsem.
Kak Azwar :  Wasalam ..
                    Minggu ni adik –adik free hari apa ?
 Lailah : kami free malam kak .
               Setiap hari.


Kak Azwar: in syaa allah . akak nak slow2 konsisten since kesihatan sudah agak makin ok.
                  Memang sepatutnya buat setiap minggu.
                    Tapi sejak pregnant ni, teruk sangat kesihatan  sampai diri sendiri pun jadi pun down.
                 Akak free rabu  dan khamis malam.

Lailah : x pe kak.. kami ok gak.
            Ok … in shaa ALLAH
             Boleh kak..
Kak Azwar : kita baca tafsir surah almulk , tafsir fi zillal.dengan hadis 2.
                      Hari tu dah ready , tapi x jadi sebab ada orang datang tu.
                     So, adik 2 kalau nak baca zilal, boleh pergi ke website dia ada pdf.
                      www. Tafsirzilal. Wordpress.com.
                      boleh pilih semua surah ada. Ada edisi bm, bi, dan ba.
                    Bm tu Bahasa Indonesiala tapi.
 

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

MEMO MABIT DAURAH
TARIKH :  13 – 14 NOVEMBER
MASA : 9.00 PM- 2.00 PM
TEMPAT : DEWAN AL –BANNA , SEREMBAN
BACAAN : SURAH AL –NISA 71-86
# KEHADIRAN WAJIB .SILA SAHKAN KEHADIRAN SEBELUM 6 NOVEMBER.
JZKKK.
LAILAH : in shaa allah kak.
                : sekarang kami berdua sedang bercuti di kampung .
Nadia : in shaa allah kak.
            Akak untuk maklumat jumaat malam tu kami berdua ada midterm . in syaa allah dapat pergi
            Tapi selepas habis jawab exam la. Hari sabtu pula kami  tak pasti sebab bengkel bersama
           Pihak uum akan bermula sebelum final exam.
Lailah : betul tu kak.. jumaat malam kami ada midterm pukul 9. Doa-doalah hari sabtu kami x
              Ada bengkel in syaa allah.
Kak azwar : ok Lailah dan Nadia habis cuti mid sem bila ?
Lailah : al –hamdulillah … Lailah dah sampai kolej kak.
Kak Azwar : oh ye ke. Seminggu je la cuti mid sem.
Lailah : ya kak.
Kak Azwar : oh ok.
                   : nadia x balik kolej sekali  ke?
Lailah: belum lagi kak Lailah balik sorang sahaja.
Nadia: nadia tak balik lagi . lambat sikit.


    

Wednesday, 4 November 2015

my story

Assalamualaikum ..
Erm… entahlah aku stress !!!!!!!!!!!!!!!!!!!!……………
Sorry my diari… 
5 oktober   hb hari tu aku menerima satu memo dari naqibah ku
Memo daurah intensif
Nasional 2015
Tarikh : 24 Oktober 2015
Masa:8.00am -6.00 pm.
Yuran: rm 20.00
Tempat : dewan kuliah utama , Pusat Asasi Sains , Universiti Malaya,KL.
# wajib hadir.
  Majmu’Rasail – bainan ams wal yaum , ila syabab , ila ayyi syaiin nadu nas, tahta rayatil quran , hal nahnu qaumun amaliyun..
Aku renung memo tersebut berulang kali  yang ku terima jam 9.00pm…. Sesekali aku lepaskan keluhan.. apa ni bacaan apa pula ni satu pun aku x faham mana nak cari bahan ni….terasing buat diriku dengan istilah yang digunakan. Al –maklumlah aku bukannya pelajar aliran Bahasa arab. Bagiku tiada masalah untuk pergi namun aku menghadapi masalah dari segi kenderaan dan kalaupun aku nak pergi sendiri menaiki kenderaan awam  aku x tahu jalan…pukul 2.00 pagi baru aku nak view whatsap yang dihantar…
Hmm.. selalunya kalau ada daurah mesti dekat kawasan sini sahaja aku berbisik sendirian… Arghh.. esok sahajalah aku Tanya Kak Azwar dan berbincang dengan si Lailah sahabat usrahku… nak balas dah malam sangat ni… aku membuat keputusan..

  6 Oktober
“ salam nadia dan Lailah .”
“ kalau buat usrah  pagi esok dalam pukul 10.30 ok x?’’
“ akak baru balik kelas ni . rasa sakit sangat kepala asyik muntah2 je. 
“Macam x larat rasanya malam ni”
“ asifah”
Aku membalas
“salam”
“ boleh”
Selang beberapa minit
“ salam , asif kak , Lailah ada program besok”
“ 8-5 ptg”
“ malam bolehla kak”
 Aku baca whatsap  group yang diterima .  x jadi lagi  . keadaan kak Azwar yang sedang mengandung anak ketiga serta kekangan  kami sendiri sebagai pelajar membuatkan  perjalanan jadual usrah kami sedikit terganngu.  Semenjak aku dan Laila bertukar naqibah baru , cuma sekali  perjumpaan usrah diadakan..
10 oktober

“ salam , mintak adik –adik isikan borang pendataran untuk program daurah” naqibahku menghantar link untuk pendaftaran program.
“ transport hendak kesana ada masalah x ?” naqibah ku bertanya lagi.
“ assalamualaikum kak, kalau naik KTM kami nak turun mana?” Lailah  bertanya.
“ nanti akak tanyakan “.
“ ok akak”
“syukran”
“ akak apa khabar? ”
“ sihat al –hamdulillah”
“ malam bila yang korang free? Kita buat usrah.”
“atau pun petang ok”
“ malam ni pun boleh kak”
“ Lailah free setiap malam”
“ petang esok je free”
“ sebab Lailah banyak kelas petang”

“ sebenarnya akak pun suka buat malam . tak terkejar. Tapi mak bising sangat akak keluar malam . sekarang ni banyak kes culik dan rompak dekat senawang ni.

“ tapi apapun in syaa Allah kita doa banyak 2 dan niat keluar bukan sesaja . ada urusan tarbiyah semoga Allah pelihara”.
“ Cuma biasalah bila mak   dah berbunyi , suami pula x de nak tolong hantar dan ambil tu yang rasa macam aduhai.”
“ in syaa Allah kak”
“ nanti akak bagitahu semula ea..”
“ amiin…”

“Lailah dah daftar dekat google  form tu?”
“ salam asif malam ni nadia ada exam’’ aku membalas
“ minggu ni nadia free malam esok dengan hari khamis’’

“ ok . kita ikut waktu Nadia free ..” Lailah membalas
“ oh , yeke . Blh la kot kalau malam esok macam tu” kak Azwar memberi kata putus.
“ in syaa Allah kak”
“boleh kak”
Lailah membalas.
“ Lailah dan Nadia dah isi borang ?”
“ robbuna yusahhil Nadia untuk exam .”
“ belum kak” balas si Lailah
“ semoga Allah kurniakan ilham yang  baik, hati yang terang untuk jawab exam dengan mudah dan cemerlang .” kak Azwar mendoakan aku supaya dipermudahkan urusan semasa menjawab exam .
“ amiin..”
“ bittaufiq wannajah Nadia” balas Lailah.
“amiin..’’
“ belum nadia belum isi borang lagi ”
“ Nanti Lailah isikan nadia punya borang sekali boleh ?” aku meminta pertolongannya.
“ in shaa Allah boleh..”
“ dah isi tolong update ya. Urusetia nakkan confirmation untuk bilangan makanan . kalau lambat tak dapat makanan. J
“ update dekat mana kak ..”
“ dah isi untuk Nadia sekali”
“ ok.. tq , akak akan maklumkan pada urussetia.”
“ sama2  akak”



Sunday, 25 October 2015

diari

assalamu'alaikum .....
 dh lama rasanya aku x meluah perasaankan kt dalam diari ni... hrm....kalau ikut hati  macam -macam perkara aku nak share tapi entahlah aku betul2 tengah x ada mood nk menghadap laptop. itu sebab lama dh aku x update. aku  x tahu nak cakap macam mana dan nak buat apa  bila aku berhadapan dengan  masalah yang sama saban hari....dulu aku selalu cakap kalau x kerana adik -beradik dah lama  aku buat x tahu dengan segala tindak -tanduk mereka.  sekarang ni kawan rapat aku juga sama seperti adik -beradikku.. terasa seperti aku terhukum dek kata -kata sendiri. aku x mampu nak menegur perbuatanya.. serius aku rasa bertanggungjawab nak betulkan mereka supaya mereka tahu apa yang diaorang buat tu salah... betul adik -adik aku , aku berhak nk tegur n marah mereka tapi kawan.. sekadar kawan aku bukan sedara mara dia apatah lagi ibu bapa. dah kalau family sendiri pn x pernah nak larang apa yang dia buat so korang fikir dia akan dengar cakap aku yang hanya bertitlle kn pangkat  '' KAWAN" . entalah jauh di sudut hati aku berbisik mengatakan aku menegur kerana ALLAH. siapa pn dia  dengan kita ibu bapa, adik -beradik ,kawan atau pun orang yang tiada perkaitan darah dengan kita sekalipun ..sebenarnya bila kita tahu dia telah melakukan kesilapan dan dosa terhadap ALLAH, maka secara x langsung kita wajib menegurnya dengan kuasa yang ada pada kita.. aku tak mahu terbeban dengan masalah lain di akhirat sana. pedih ... memang pedih bila setiap kali aku menegur aku balik yang terkena. ``Sebelum nak tegur orang betulkan diri sendiri tu, diri sendiri pun x betul ada hati nak tegur orang " . aku x tahu nak buat apa selain bersabar....

Thursday, 1 October 2015




video berkaitan etika pengurusan. berlandarkan teori barat semata -mata. banyak x betul daripada yang betul.hrmm... nasib asyik belajar ikut teori barat entah bila pula kita nak belajar pasal teori islam.:(

Wednesday, 30 September 2015

Sunday, 13 September 2015

my stories

assalamualaikum..
hari ni aku just nak share beberapa perkara sahaja. firstly biasa pasal assignment ku yang sudah pun bermula. kedua tadi aku pergi terminal cari tiket nak balik raya haji ni tapi tiket hampir habis . aku yang duduk bahagian selatan malaysia pun tiket habis apalagi orang utara. dapat tiket tu dapat tapi nampak gaya aku terpaksa skip kelas sebab nak balik punya pasal. tadi pun sempat juga aku sembang dengan rakan -rakan ku yang lain yang mana tinggal disebelah utara sana mereka dah tiket dan jangan teperanjat tarikh tiket balik diaorang lagi awal dari aku punya tarikh. ermm... rayakan.. ala aku balik pun sehari sebelum hari raya. aku cuma ada 2 kelas ja . cadang nak balik sebelah petang. dah tak ada ambil sebelah pagi. harap2 pensyarah baatal kelas... hehehe...nakal sikit... lagipun dah raya tahun lepas aku x balik. tahun ni aku dah masuk tahun akhir so mana boleh x balik.. oklah lain kali aku sambung... 

Wednesday, 9 September 2015

my diary

assalamualaikum...
malam ni aku x tahu nk cerita apa. kalau ikut hati banyak benda aku nak bagitau.. ermm. entahla mood nak menulis pun x ada sebenarnya..oh ya sem ni aku ambil 6 subject. semua subject ada thesis . mencabar juga. bicara pasal subject. sem ni aku punya jadual sepenuhnya bermula waktu pagi berbanding sem lepas yang kebanyakkan bermula waktu petang, malam dan hari sabtu. kalau ada pun kelas malam atau sabtu  hanya untuk kelas ganti  sahaja.setakat minggu pertama ni ok la. aku harap sangat aku dapat keputusan cemerlang macam aku dapat masa sem satu sekurang-kurangnya dapat pointer lagi tinggi lagi ok sebenarnya. maaf ya diari bukan aku tak nak cerita segala kisah duka yang aku lalui sepanjang cuti sem ni tapi aku rasa biar allah sahaja yang tahu. event sekarang ni pun aku rasa banyak yang aku nak cerita tapi entahla aku perlukan seseorang untuk dengar segala masalah aku dan boleh  berikan cara untuk aku menyelesaikan. sepanjang cuti sem ni banyak aku dapat kad undangan perkahwinan dari rakan -rakan sekolah mahupun di kolej. ramai juga yang sudahpun mengikat tali pertunangan dan ada juga berita perkahwinan mereka yang ku terima secara mengejut. apa -apa pun aku doakan mereka bahagia dunia akhirat. jodoh sampai awal. ada juga yang nakal mengusik atau bertanya aku bila lagi. aku jawab jodoh belum sampai atau pun belum sampai seru... hehehe..... bukanlah sebab lain sebenarnya.. ahh.. malas aku nak emo -emo. aku yakin allah dah tetapkan seseoarang untuk aku  belum masa untuk aku fikirkan pun tambahan lagi dengan masalah yang menimbun perlu aku selesaikan sekarang. ok la sampai sini dulu .. nanti aku shared lagi  dengan kau ya diari...

Monday, 7 September 2015

my diari

assalamualaikum..
 welcome back to semester 5 now.. firstly result aku agak mendukacitakan.. pointer aku turun .. tapi al -hamdulillah aku pass semua subject.  well sem ni aku pindah bilik lagi. kalau dulu hanya melangkah ke pintu depan tapi sekarang   aku bertukar blok dari blok h ke blok c. banyak hendak aku cerita..    cuti pun lama .. sem ni aku balik 2minggu awal  ke kolej sebab ada kursus ejen kastam (KEK).  ada exam lagi ... belum masuk sem dh ada exam.. apa2 pun aku harap dapat keputusan cemerlang.. amin...banyak perubahan yang berlaku..aku harap aku semakin tabah menempuh ujian darinya..

Monday, 1 June 2015

my stories

assalamualaikum diari hati ....
 sem ini aku sebenarnya stress yang teramat -amat. macam2 benda jadi kat aku . perkara -perkara yang langsung tidak aku duga. sekejap je nak habis sem sedar x sedar lagi 2 minggu exam aku start. hari pertama puasa tahun  ni paper pertama untuk sem 4 bermula. aku mengharapkan semoga bulan Ramadhan yang bakal menjelma ni dapat membantu aku menjadi insan yang lebih baik. sehubungan dengan itu juga aku berhrap segala kekusutan dan masalah yang aku alami terusir pergi. Dalam menempuh alam belajar sebagai mahasiswi ni banyak mengajar aku  pelbagai hal. aku yang dulu suka diam dan tak mahu campur orang kini mula berkawan. AL -hamdulillah walaupun x ramai aku dapat kawan tapi aku rasa hubungan persahabatan yang terbina atas dasar ukhuwahfillah sangat terkesan dalam jiwaku. tidak pernah terbayang dimindaku untuk menganngap orang lain sebagai kakak atau adikku sendiri. entah mengapa kemesraan yang kurasakan lebih dari kemesraan aku dengan adik -beradikku sendiri. aku sayangkan adik2 ku tapi mengapa mereka seakan -akan jauh dengan aku . bila jauh dirindu bila dekat dibenci ada sahaja hal yang hendak digaduhkan. kadangkala hal kecil pun boleh menjadi besar sehingga berhari -hari x bertegur sapa. ermm...... entahla.....
aku mem,ang macam ni kan merapu tah apa 2.
# Sempena 15 Syabaan ini aku dengan rendah hati meminta maaf jika ada aku terkasar bahasa dengan korang terutama yang kenal diri aku bila baca blog ni.

my diary

Maafkan aku andai kau terasa …
Tidak terdaya bagiku meluah rasa terpendam , hendak memetik cintamu bimbang nanti tidak kesampaian. Kau bagai hujan yang datang menyiram musim kemarau . indahmu tiada bandingan. Sedang aku Cuma dagang yang merantau. Terlalu banyak pengorbanan darimu .  susah senangku kau mengambil tahu. Sehinggakan aku rasa terharu bila mengenangkan budi dan jasamu . aku tahu siapa diriku bagaikan  musafir yang menumpang lalu. Sungguh tidak ku menduga kau datang membawa bahagia .entah apakah gerangan dijiwa hendak ku tinggal tiada berdaya.  Kerana budi aku jatuh hati  aku tak mengerti ianya terjadi…
Ya ALLAH tolongla aku!!! Buang rasa yang bersemi didalam hati ini. Kau isilah hati ini dengan cinta kepadamu serta rasulmu. Jangan kau biarkan aku jatuh hati hati pada insan yang kau takdirkan bukan milik aku pada akhirnya . Puas aku cuba membencinya dengan segala kelemahan dan kekurangannya tapi mengapa semakin aku melihat kebaikannnya semakin  aku jatuh sayang padanya YA allah. Dugaan apakah ini? Sungguh aku x mampu membencinya..sedangkan aku tahu ia x mungkin aku miliki. Mengapa hati  ini masih berdegil menyanyangi seorang insan yang telah kau takdirkan menyintai orang lain yang jauh lebih hebat dariku. Aku sedar segala kekuranganku aku x mampu menjadi sehebat itu hanya untuk meraih cintanya. Mengapa juga harus  kau takdirkan insan yang dia sayang menjadi sahabatku. Telah aku bersumpah untuk tidak mengkhianati erti sebuah  persahabatan dan perhubungan yang iklas terjalin keranamu. Tidak juga aku mahu bermusuh  hanya kerana si dia yang belum tentu menjanjikan aku kebahagian dan kesenangan  jika aku memilih untuk bersaing mendapatkannya. Sungguh aku terseksa… semakin ingin aku menjauhinya semakin dekat kau bawa aku kepadanya. Mengapa segala masalahku harus dia yang kau takdirkan sebagai penyelamat dan pembantu mengapa tidak orang lain.  Aku Cuma manusia biasa kadangkala tewas mengikut naluri hati… begitu payah untuk aku melupakan…

Aku mendoakan agar kau bahagia bersama insan yang kau suka semoga aku dipertemukan dengan seseorang yang jauh lebih baik darimu……duhai hati kembali aku seru supaya kau kembali mencari sang pencipta  yang abadi bukan mencari cinta rapuh dan sementara.

Wednesday, 20 May 2015

my diari

assalamualaikum...

sejak kebelakangan ni aku busy sikit dengan assignment yang menibun . aku kena belakon untuk subjek ob n mandarin. minggu ni sahja stret asignment aku kena hantar. Ya ALLAH kau kuatkan semangat aku untuk terus berjuang. Ya ALLAH peliharala aku dari sebarang kejahatan. aku mohon bantuanmu jagala aku dalam setiap saat dan detik hidup ku ya ALLAH. aku rasa letih teramat -amat dan aku tak tahu aku mampu bertahan sampai bila. aku berlindung dari sifat suka mengeluh ya ALLAH....Jadikanlah aku orang yang sentiasa redha dengan ujianmu Ya Allah...

Sunday, 3 May 2015

apa itu crush...


aku nak kongsi pasal crush....
 petikan ni aku copy paste dari blog  tarbiah sentap. harap jadi peringatan kepada kita.....sebelum ni aku  cuma pernah dengar pasal peminat rahsia rupa-rupanya perkataan crush yang diguna budak zaman sekarang ni merujuk kepada peminat rahsia...

“Dear crush. I hope you know that I love you very much…”

“Rindunya crush saya….”

Atau, ada juga yang sembang sesama kawan-kawannya:

“Eh, crush kau apa cerita? Kau dah luahkan ke belum?hehe…”

Lalu di jawab:

“Aku malu la…takut-takut dia tak suka aku.Huhu…”

Dan banyak lagi contoh. Benda ni banyak berlaku di kalangan remaja sekolah, juga universiti. Persoalannya, apakah boleh kita bercrush-crush ni? Apakah hukumnya dari sudut agama? Lantaran, ramai yang keliru akan perkara ini, lantas merasakan benda yang salah itu benar, akibat terpedaya dengan movie-movie atau drama cinta islamik yang akhirnya merosakkan mentality masyarakat secara tidak sedar.

Awal-awal saya kata, ini bukan pendapat saya. Saya akan cedok kata-kata ulama’-ulama’ zaman dahulu kala yang pakar bab-bab HATI ni, seperti Ibn Qayyim, Imam Alghazali, dan lain-lain. So, tenangkan diri, baca dengan fikiran terbuka.

CRUSH TU APA?

Bila kita sebut crush, fenomena crush ni bukanlah setakat “cinta atau meminati seseorang dalam diam dan pendam”. Kebiasaannya, orang yang ada crush ni takkan berhenti sampai sini. Kerana itu, apabila sebut crush, saya boleh definasikan sebagai:

“Meminati seseorang dalam diam, dan dia menyimpan hasrat untuk meluahkan cintanya kepada orang yang dia cintai, sering mengingati orang yang dia cintai, sering memerhatinya, melihat wajah dan gambarnya, berfikir tentangnya, dan berhasrat agar orang yang dia cintai itu juga mencintainya…”

Kenapa saya definasikan “crush” dengan definasi di atas? Kerana, kebiasaannya, orang yang ada crush, orang yang ada meminati seseorang, dia akan melakukan perkara-perkara di atas. Jadi , berdasarkan definasi crush yang saya sebutkan di atas, maka hukumnya adalah DOSA.

Kenapa pulak dosa?!

Bukankah Allah suruh tundukkan pandangan? Kenapa kau sering memerhati crush kau? Bukankah melayani perasaan cinta itu dosa? Kenapau kau boleh fikir-fikir, bayangkan, menangis dan sering teringatkan crush kau?

Adapun, jika kita hanya suka seseorang dengan tiba-tiba akibat TERpandang(sila baca perkaraan TER tu 20 kali), dan kita rasa tertarik, dan kita usaha untuk tepis perasaan tersebut, maka tiada masalah. Saya pun pernah terpandang seseorang, lepas tu rasa lain macam dalam hati. Tapi, saya takde lah layan. FB dia saya tak friend, twitter dia saya tak follow, instagrampun saya tak follow, dan saya malas fikir pasal dia. Tak sampai seminggu, perasaan tu dah hilang dah.

Ingat, perasaan suka berlainan jantina tu normal. LAYAN tu, tak normal. Tu tanda hati rosak.

CINTA YANG ALLAH REDHA?

Banyak yang nak redha Allah dalam percintaan. Tapi malangnya, apa yang dia buat adalah mencari cinta sebelum nikah. Minat laki ni, minat perempuan tu. Adakah Allah redha? Apakah cinta yang Allah redhai?

“Cinta yang Allah redha adalah cinta yang di semai semata-mata untuk mendekatkan diri kepada Allah, dalam rangka melakukan ketaatan padaNya, iaitu cintanya seorang LELAKI kepada ISTERInya! Cinta ini adalah cinta yang bermanfaat. Dengan cinta ini, mata dan hatinyaakan terpelihara. Oleh itu, orang yang bercinta sebegini, Allah akan PUJI, juga manusia akan puji!”
(Ibn Qayyim)

Lihat?Cuba highlightkan ayat:

“Iaitu cintanya seorang LELAKI kepada ISTERInya!”

Cinta sebeginilah yang Allah redha!

Cinta sebelum nikah?Bermula dengan crush-crush, kemudian luahkan, and couple, dan akhirnya zina. ADAKAH ALLAH REDHA?

Sebab tu, kita kena nilai dan tengok balik hati kita. Kita ni dah layak ke nak bercinta?Sekolahpun tak habis lagi! Komfem time kau masuk universiti, kita akan jumpa orang lain, pastu minat orang tu pulak. Sampai bila tak ke sudah!



KALAU KITA SUKA SESEORANG, NAK BUAT APA?

Bila kita dah suka seseorang misalnya, apa kita nak buat? Nak couple? Nabi saw bersabda:

“Tidak ada yang lagi patut bagi dua orang yang saling mencintai selain dari berkahwin!”
(HR Ibn Majah)

So, kalau kita rasa yang kita ni tak layak lagi nak kahwin, jangan buang masa fikir pasal crush, suka dia ni, suka dia tu, entah berapa kali tukar orang. Apakah?

Kalau rasa dah sedia nak kahwin, baru cari orang. Tu pun, gunalah orang tengah. Kalau ada kakak, suruh kakak risikkan. Kalau ada orang yang dah kahwin boleh tolong kita untuk risikkan, suruh dia tolong. Simple je. Berapa banyak orang yang tak fikir pasal cinta sangat time belajar lantaran sibuk dengan dakwah dan tarbiah, tapi boleh je kahwin. Anak ramai pulak tu. Bahagia gila…

Kalau kau just nak suka-suka, bak kata orang cinta monyet, ketahuilah bahawa kau dah termasuk dalam perangkap tipu daya syaitan.

Bila kita mula terdetik untuk suka seseorang secara tiba-tiba, apa yang perlu dia lakukan ialah usaha sedaya upaya dengan segala kemampuannya untuk MELUPAKANNYA, jika dia sedar bahawa cintanya itu hanyalah cinta monyet, dan langsung tiada jalan dan seakan-akan agak mustahil untuk berkahwin(bab macamana nak kahwin dengan beradab dan mengikut syarak, saya akan hurai pada masa yang lain). Contohnya, cinta time sekolah, dan Universiti misalnya. Maka, Ibn Qayyim suruh lupakan sahaja cinta itu!!

Kalaupun kita suka dia, jangan sesekali meluahkan perasaan itu! Bak kata Ibn Qayyim,orang yang meluahkan perasaan cintanya kepada seseorang, padahal belum tiba masa nak kahwin, maka, orang tu telah menganiayai orang yang dia cintai itu! Dan penganiayaan ini adalah sangat kejam, lebih kejam dari penganiayaan keapda harta.

Tiada jalan lain, melainkan, usaha untuk lupakan. Bukan membiarkan ia tersemat dalam hati, pendam lama-lama.

Hadis yang kata :“Sesiapa yang bercinta, dan menahan dirinya untuk tidak melakukan perbuatan terlarang dan menyembunyikan cintanya itu lalu dia mati, maka dia termasuk sebaga syahid”, adalah hadis palsu.

Ibn Qayyim berkata, orang yang Allah redha adalah orang yang lupakan orang yang dia cintai, lantas mengutamakan cinta Allah dan memburu redhaNya.




 NASIHAT ULAMA’ BERKENAAN ISU CRUSH DAN CINTA SEBELUM NIKAH

Jom kita tengok, apa yang ulama’-ulama’ pesan bab-bab cinta sebelum nikah ni. Hayati dengan mata hati, check diri kita, muhasabah, dan istighfarlah.

PERTAMA:

Jami’ bin Mahuih bertanya:

“Apakah orang yang bercinta buta itu dosa?”

Lalu Said bin Almusayyab, mufti madinah di zaman itu menjawab:

“Ianya tercela...”

Lepas tu Said berkata:

“Demi Allah, tidak pernah seorangpun bertanya kepadaku tentang hali ini. Jika seseorang bertanya kepadaku tentang hal ini, jawapanku hanyalah seperti tadi…”

KEDUA:

Imam Alghazali cakap:

“Aku dapati, dalam bercinta, terdapat banyak dosa besar…”

Kenapa?Bayangkan, mula dengan crush, kita dah tak dapat tundukkan pandangan, stalk, usha, fikir pasal dia, bayangkan dia dan lain-lain. Bukankah itu semua dosa?!

KETIGA:

“Orang yang mencintai sesuatu selain Allah(mencintai wanita/lelaki), mahu tidak mahu, cinta itu akan menyeksanya…”
(Ibn Qayyim)

“Kehinaan akan menimpa para pencinta. Akan tetapi, kerana dia sedang mabuk cinta, dia tak merasakan yang kehinaan sedang menimpanya. Hatinya seperti burung yang berada di dalam genggaman anak kecil yang mempermainkannya sesuka hatinya. Maka, kehidupan orang yang bercinta adalah seperti kehidupan seorang tawanan perang….”
(Ibn Qayyim)

“Apabila seseroang itu mula mencintai, maka, dia akan sibuk memikirkan orang yang dia cintai sehingga dia kurang fikir tentang agama dan dunianya…”
(Ibn Qayyim)

“Bencana dunia akan lebih cepat menimpa para pencinta wanita/lelaki seperti cepatnya api membakar kayu kering. Kerana, setiap kali hati DEKAT dengan orang yang di cintai, maka dia akan semakin jauh dari Allah. Hati yang paling jauh dari Allah adalah hati orang yang tenggelam dalam cinta….”
(Ibn Qayyim)

KEEMPAT:

Ada sekali, ada orang bawa seorang lelaki yang mati kepada Ibn Abbas. Lantas ibn Abbas tanya:

“Kenapa laki ni mati?”

Maka orang ramai menjawab:

“Dia mati kerana terlalu fikir pasal cinta…”

Maka Ibn Abbas berkata:

“Semenjak dari peristiwa itu, setiap hari aku memohon perlindungan kepada Allah dari terjebak dengan penyakit cinta ini….”

Seorang penyair menyebut:

“Hidup orang yang bercinta,
Permulaannya hatinya seakan-akan ikhlas dan bersungguh-sungguh,
Pertengahannya penyakit,
Dan pengakhirannya adalah kematian hati, dan jasad….”

****

Saya harap, dengan kata-kata ulama’ ni, kita dapat jelas, bahawa betapa bahayanya jika kta sering melayan crush-crush, dan langsung tiada usaha untuk lupakannya!

BEZA REMAJA/PEMUDA DAHULU DAN SEKARANG

Kenapa umat islam dulu hebat dan berjaya menguasai dunia?Kenapa umat islam kini teruk dan seakan-akan di hina? Semuanya bergantung pada “Apakah agenda dan kesibukan pemuda” di zaman itu.

Suatu hari, ketika tentera kafir nak serang kerajaan islam, mereka menghantar perisik untuk check bagaimana keadaan umat islam time tu. So, perisik tu pergi ke Negara islam tersebut, dan dia ternampak seorang PEMUDA sedang menagis!

Lalu, perisik tu pun tanya:

“Kenapa kau nangis wahai pemuda?”

Lalu pemuda tu jawab:

“Aku nangis kerana tak dapat turut serta dalam peperangan..Aku nak mati syahid!!”

Bila perisik tu dengar jawapan pemuda tu, dia terus cancelkan hasratnya untuk menyerang islam. Kerana, kesibukan, kerisauan, agenda dan cara fikir pemuda ketika itu adalah tentang dakwah, tarbiah, jihad dan agama!

Namun,berlalu masa, sekali lagi tentera kafir berhasrat untuk menyerang kerajaan islam. Juga, mereka menghantar perisik untuk check bagaimana keadaan orang islam ketika itu. So, perisik tu pergi ke Negara islam tersebut, dan dia ternampak seorang PEMUDA sedang menagis!

Lalu, perisik tu pun tanya:

“Kenapa kau nangis wahai pemuda?”

Lalu pemuda tu jawab:

“Aku menangis kerana aku baru putus cinta dengan perempuan yang aku cintai!!”

Bila perisik tu dengar jawapan pemuda tu, terus dia arahkan tentera kafir tu untuk menyerang islam, kerana kesibukan, kerisauan, agenda dan cara fikir pemuda ketika itu adalah tentang cinta, dunia, hiburan dan yang sama waktu dengannya.

Akhirnya, islam kalah!!!

Lihatlah kisah-kisah pemuda yang hebat-hebat, yang menggegarkan dunia. Lihatlah! Adakah mereka sibuk dengan cinta, crush bagai? Muhammad Alfateh, bebaskan kostantinople time 21 tahun, usamah Zaid, mengetuai tentera menentang rom pada usia lebih kurang 18 tahun, Hasan Albanna, menubuhkan ikhwan muslimin pada usia 22. Banyak lagi kisah-kisah legend tentang pemuda zaman dulu!

Bandingkan dengan diri kita?Apakah yang berada dalam kepala otak dan fikiran kita?Adakah kita menangis sebab cinta, adakah hati kita masih ada masa untuk meletakkan ruang cinta pada crush, sedangkan umat tengah derita, maksiat berluasa, islam di hina dan di perkotak-katikan?Adakah islam akan bangkit dengan pemuda yang masih ada masa untuk bercinta macam kita?

Apakah yang nabi dan sahabat akan rasa bila mereka tahu yang kita masih lagi ada ruang untuk memikirkan tentang cinta, sedang umat sedang nazak?

Muhasabahlah. Menangislah. Berubahlah.

Semoga, semoga Allah yang maha mulia, menjadikan kita termasuk dalam golongan orang yang mencintainya, dan memburu keredhaanNya, berbanding menuruti hawa nafsu yang menghancurkan kita. Amin ya rabb.

Wallahua’lam.