jaringan merupakan satu mekanisme penting untuk usahawan memperluaskan hubungan perniagaan dengan pembekal, pembeli, persaing dan masyarakat. berdasarkan contoh -contoh yang sesuai ,bincangkan 3 jenis jaringan yang boleh digunapakai oleh usahawan .
1. jaringan peribadi
- merujuk kepada jaringan tidak formal yang melibatkan hubungan secara langsung dan bersemuka antara usahawan dengan pihak tertentu. pihak -pihak ini termasuklah ibu bapa, rakan -rakan, keluarga, bekas guru atau pesyarah, ahli persatuan sosial serta kumpulan belia, dan sebagainya.
Menurut BIRLEY, jaringan peribadi melibatkan hubungan secara langsung yang mempunyai ikatan yang kukuh antara usahawan dengan pihak -pihak lain seperti ahli keluarga, rakan -rakan, pekerja-pekerja, ahli persatuan sosial, dan sebagainya.
pihak -pihak dalam jaringan ini biasanya menjadi sumber pertama usahawan mendapatkan pelbagai bantuan terutama pada peringkat pembentukan perniagaan dan pada tahun -tahun awal perniagaan beroperasi.
2. jaringan awam
- jaringan awam merujuk kepada sumber awam (cooper,Folta, dan Woo,1991), usahawan dapat menggunakan sumber ini bagi menigkatkan pengetahuan , mendapatkan makluman serta sebagai kontrak (orang perantaraan )kepada pihak -pihak tertentu.
sumber awam ini seperti majalah-majalah, surat khabar, buku -buku , televisyen , radio, video, internet dan bahan -bahan lain dapat dimanfaatkan oleh usahawan untuk pembagunan perniagaan.
3. jaringan perniagaan
perniagaan atau dikenali juga sebagai jaringan formal pula merupakan hubungan yang pada amnya berasakan aktiviti yang berkaitan dengan perniagaan . jaringan perniagaan lebih merupakan hubungan usahawan dengan pihak -pihak di luar organisasi perniagaan tetapi penting untuk perniagaan usahawan.
pihak yang terlibat dengan usahawan dalam jaringan ini adalah seperti pelanggan , pembekal , bank, akautan , pihak -pihak kerajaan tetapi penting untuk perniagaan usahawan .
No comments:
Post a Comment