Tuesday, 13 May 2014

DIARI

assalammualaikum dan salam sejahtera.
  sorry  aku baru baik demam. terperanjat sebab tak cukup tidur. Al-hamdullillah semakin sihat. hahaha dalam keadaan tak berapa nak sihat sangat semalam sempat jugak aku pergi qiam malam tadi. kalau nk ikut aku sendiri pun tak percaya pagi demam teruk alih2 malam boleh pulak pergi berjalan. berjalan kerana Allah ya. itu sebab Allah bagi kekuatan dekat aku untuk pergi juga walaupun aku pergi seorang tanpa kawan 2. Bukan diaorang tak nak pergi habis je exam terus dapat  soalan kuiz statistic dengan marketing kena pulak hantar hari ni sebelum pukul 2 petang tadi walaupun hari ni cutu umum  Wesak Day.Pada mulanya aku sendiri pun berada dalam persimpangan yalah nak pergi ke tidak? tak sihat satu hal , tugasan berlambak pun satu hal. Akhirnya aku ambil keputusan untuk pergi juga qiam malam tadi. sempat aku berlawak dengan kakak usrah yang aku nak cari mood. dia ketawa je bila dengar aku kata macam tu. Dekat majlis semalam aku rasa terharu sangat. malam berkasih sayang sesama saudari dan muslimat sekalian . ada pertukaran hadiah. oleh sebab aku dapat info pun lambat dan aku sendiri pu tak tahu yang program qiamualail kali ni berbeza dari sebelumnya. Rasa bersalah jugak sebab aku tak ada 2 apa yang nak diberi kecuali sedekahkan Surah Al-Fatihah. Menurut Ustazah semalam Al- Fatihah adalah hadiah yang paling baik yang boleh kita beri  kepada orang. Selalunya kita hadiakan Al-fatihah untuk orang yang dah meninggal dunia je tapi kita jarang nak sedekah Al-fatihah kepada orang kita sayang ibu bapa, adik -beradik, kawan2 dan guru 2 kita. Al-hamdullillah akhirnya aku dapat siapkan kuiz aku mengikut masa yang ditetapkan. korban masa tidur lagi. balik pagi sampai kolej terus menghadap kerja. Dan Al-hamdullillah juga segala assignment yang aku kena buat boleh dikatakan hampir siap sepenuhnya. malam ni boleh kot aku tidur lena. esok belum tahu lagi...

No comments:

Post a Comment