Sunday, 4 May 2014

feeling terharu and stress

assalammualaikum and salam sejahtera.
 hari ni aku pergi program lawatan kerumah orang -orang tua. Rasa terharu dan sedih pun ada. Aku jadi terfikir kenapalah anak zaman sekarang sanggup biarkan ibu dan bapa mereka di rumah kebajikan macan tu. Lain ceritalah kalau orang tua -tua tu tak pernah kahwin dan tak ada anak. Walaupun melawat rumah orang tua yang berbangsa chinese. Hati ku tersentuh bila aku bertemu dengan seorang nenek yang berusia 75 tahun ni. masa kami sampai aku lihat dia menangis . bila ditanya dengan orang yang menjaga mereka, dia jawab nenek itu rindukan anaknya dan tak pernah datang melawat sekalipun sejak dia di hantar ke situ.  Mereka tak pernah terfikir bagaimana ibu dan bapa kita sanggup menjaga dan membesar kita dengan apa cara sekalipun walau dalam keadaan susah sekalipun. mereka sanggup berkorban demi insan yang bergelar anak, terutama siibu. tapi bila sampai masa kita sepatutnya jaga mereka kita biarkan orang lain yang mengurus mereka.  Mereka tak terfikir ke yang diaorang satu masa nanti akan jadi tua. cubalah mereka bayangkan andainya anak yang mereka tatang dan belai bagai minyak yang penuh , segala keperluan dipenuhi tiba- tiba je buat macam tu. apa diaorang rasa... dan  secara tetiba aku ingat mak aku kat rumah. keadaan dia yang agak uzur menyebabkan aku rindukan dirinya. rasa kasihan bertimpa 2 bila aku teringatkan emak. rasa macam nak terbang balik kerumah dan cakap aku sayangkan dia. bila sebut bab ni sebenarnya ada kaitan juga dengan kerjaya dan perkahwinan. bagi anak yang berkerjaya aku rasa mereka sepatutnya tak ada masalah untuk menguruskan ibu bapa sendiri terutama pembiayaan perubatan. tapi bab perkahwinan yang menjadi masalah. dalam islam apabila seseorang anak berkahwin bagi anak perempuan syurga mereka sudah beralih dari tapak kaki si ibu ke tapak kaki si suami. jadi segala perintah si suami si isteri mesti kena ikut walaupun mereka terpaksa tinggalkan ibu bapa sendiri . berbeza dengan lelaki walaupun mereka sudah beristeri dan mempunyai keluarga sendiri , mereka tetap perlu mengutamakan ibu bapa mereka dan ibu bapa mertua.  Seharusnya, sebagai seorang suami kena ingat tanpa ibubapa mertua mereka tak akan dapat berkahwin dengan si isteri pilihan hati. oleh itu orang perempuan dikira terlepas dari dosa apabila sisuami yang buat keputusan . jika ibu bapa si isteri terabai yang menanggung dosa adalah sisuami. jika si isteri ingkar dan tetap juga mahu menjaga kedua ibu bapanya walaupun tanpa keizinan si suami apabila ibu bapa mereka meninggal  mereka akan di masukkan ke dalam api neraka kerana si anak perempuan tidak patuh kepada si suami. oleh itu, beringatlah kaum hawa seandainya ingin mencari jodoh. carilah seseorang yang menyanyangi orang tua dan bertanggungjawab terhadap keluarga, supaya kedua ibu bapa sama ada di sebelah suami atau isteri terbela nasibnya. pesanan untuk diri sendiri... harap sangat aku boleh jaga emah dan abah aku walaupun aku dah berpunya. aku tak sanggup tengok diaorang jadi macam tadi. terasa aku dah menjadi manusia tak berguna langsung dekat dunia ni bila perkara ni terjadi..



perkara kedua aku stress pasal air tak ada, semalam pagi dah berita yang air tak keluar untuk tempoh 2 atau3 hari ni. lau dalam kedaan normal tak apa lagi .ni dalam keadaan " abc" faham 2 sendiri ya. tentu susah dah baru lagi lagi haru.. balik tadi dengar pulak cerita satu seremban tiada air. dalam keadaan penat sempat jugak aku mengangkat 3/4 baldi air. nasib baik duduk kat tingkat satu. lau duduk kat tiga lagi naya. lepas tu lepak aku tertidur sampai petang mentang2 tengah "abc" .elok je bangun aku dengar air dah kering kontang . masing 2 dah usung baldi kesana kemari. ada juga yang mandi pakai mineral water je. harap sangat air da malam ni . esok nak pergi kuliah tak kan dalam kedaan yang macam ni. lepas 2 yang jadi satu masalah lagi assingnment kena hantar esok pulak. dah seminggu kitaorang duduk menghadap benda ni tapi tak siap -siap lagi. mana nak cari air lagi mana nak buat assingnment . tumpuan pun dah lari sebab masing 2 lebih nak cari air je sekarang ni...... 

No comments:

Post a Comment