Tuesday, 14 October 2014

dugaan

Assalamualaikum

Letih , penat , tension , stress sangat 2 .tidak tahulah aku sama ada ALLAH ingin menguji aku dengan mehnahnya. Aku hilang dalam mencari siapa aku sendiri semenjak aku dapatkan rasakan aku bukan aku yang sebenar- benarnya dan jauh disudut hati aku bersa kehilangan sesuatu benda yang sangat berharga tetapi aku sendiri tidak tahu benda apa. Al –hamdulillah cari terus cari aku temui bahawa sebenarnya aku hilang kedamaian dan ketenangan hati itulah punca menjadikan  diriku tidak tentu arah asyik nak mengamuk tidak tentu pasal. Mengeluh tidak pernah habis ,malahan setiap perkara yang aku lakukan ada sahaja silapnya. Aku mula rasa berdosa terhadap ALLAH , orang yang aku sakiti di luar alam sedar aku. Sekarang ini aku masih cuba untuk menjadi seseorang lebih baik walaupun terdapat banyak kelemahan aku. Aku harap sangat ALLAH mempermudahkan URUSAN KU. AMIN…….

ESOK aku ada 3 test tak baca lgi subjek –subjek tersebut. Aku pun baru nak baik demam panas. sekarang ni kepala masih rasa mamai lg . aku gagahkan juga supaya ALLAH BANTU AKU esok .Berkait perkara diatas aku juga nak sharing satu informasi kepada mereka yang tidak tahu. Ada sesiapa yang tahu pasal Perniagaan MLM .( MULTI LEVEL MARKERTING). Macam yang aku kata dekat atas tadi sama ada ALLAH HENDAK menguji aku agaknya aku terjebak dengan perkara ini. Kalau hendak diikutkan aku dah lama tahu pasal hukum hakam MLM . HASIL yang kita dapat  tidak berkat sebab ada berlaku penindasan dan kezaliman  terhadap orang bawahan. orang atasan senang –senag dapat duit sedangkan anak –anak buah yang penat lelah buat kerja.dalam kes ini aku hanya berminat dengan produk tersebut sahaja aku tidak berminat nak buat business dan cari –cari 2. Aku bukanlah jenis yang pandai bercakap ,memujuk orang supaya turut serta melabur dalam perniagaan itu. Yang jadi masalah bila 2 perkara saling berkait mahu tidak mahu kita tetap kena cari orang bagi membantu orang atasan kita dan memperkenalkan produk kepada orang ramai. Company mana aku tak nak sebut nanti dapat aib sahaja . biar aku sendiri tahu. Al –hamdullillah Allah dah selamatkan aku supaya aku tidak terus terjebak . inilah yang dinamakam manusia kita tidak pernah lari dari melakukan kesialpan. Apa yang korang patut tahu kalau boleh elakkan terjebak dengan perniagan ini. System pyramid yang digunakan hari ini telah digunakan oleh orang Yahudi yang ingin menyesatkan umat islam sahaja. System ini haram digunakan dalam perniagaan islam .hal ini berbeza dengan pemberian ganjaran terhadap sesorang yang membantu  mempromosi produk sesebuah syarikat (agen). Jauh berbeza.ini kerana mereka dapat ganjaran diatas hasil usaha sendiri berbanding mlm mereka dapat hasil dengan menggunakan orang bawahan. Walaupun aku dah menyesal juga aku bazirkan rm 270 dengan membeli produk yang tidak ada status halal jakim. Tetapi benda dah nak berlaku aku ikhlaskan sahaja manalah tahu hari ini aku hilang sebanyak itu tetapi akan datang ALLAH GANTI BALIK DENGAN JUMLAH YANG TINGGI. Ingat matlamat tidak mengahalalkan cara. SEBAGAI orang islam setiap perkara yang kita buat adalah kerana ALLAH.

HARAP SANGAT AKU CEPAT SEMBUH DAN KEMBALI KEPADA NORMAL. AMIN….

AKU NAK MINTA MAAF BAGI SESEIAPA YANG MENGENALI DIRI ATAU TIDAK INI SEKIRANYA AKU SECARA ATAU TIDAK SENGAJA MENYAKITI HATI DAN PERASAAN KORANG. MAAFKAN AKU….

No comments:

Post a Comment