Thursday, 9 October 2014

tension

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Hai ……
Hari aku nak share sikit perasaan aku . First aku sedih tak balik raya haji .dekat je aku duduk johor je pun. Tapi tak balik tiket habis cuti sekejap. Assignment berlambak . raya ketiga kelas dh mula. Memang hari raya hari 2 terasa sangat2 suasana berbeza. Kolej sunyi sepi . ada hikmah aku tak balik. Apa tidaknya kawan2 aku yg balik pun penat ditengah jalan je. Bayangkan perjalanan biasa balik dari sini ke JOHOR hanya mengambil masa 3jam setengah paling lama boleh mencecah hingga ke tujuh lapan jam. Belum yang balik utara lagi. 17jam dalam bas. Penat gila kot. Balik jumaat malam sampai petang sabtu. Lepas 2 ahad malam balik kolej.sampai hari isnin. Selasa ada kelas.  Buang masa ditengah jalan. Sebut pasal assignment berlambak macam mana pun aku gerenti ramai yang tak buat. Dah namapun raya balik tak balik pun sama sahaja. Yang tak balik beraya sibuk dengan aktiviti melepak melepas rasa tension tak balik raya sekaligus mengelak terkenang keluarga dan juadah raya di desa tercinta.sedih bila dengar suara takbir raya yang mendayu –dayu bunyinya. Apapun suasana raya tetap dirasai. Aku isi cuti aku dengan perkara yang faedah . malam raya 2 hujan lebat. Aku sempat pergi( rewang) di kafe menyediakan juadah hari raya. Bila kumpul ramai 2 hilang rasa rindu dekat kampung. Pagi raya aku dengan kawan2 yang tak balik sambut raya dikafe. At least dapat juga kami menjamah lemang,ketupat. Walaupun sedih aku tak dapat nak makan ayam masak merah. Lauk itu mesti jadi hidangan wajib buat aku sekeluarga tak kira lah sama ada raya aidilfitri ke aidiladhah. Nak masak sendiri duduk dekat asrama dilarang memasak. Habis 2 pun boleh masak nasi dengan benda yang boleh direbus je. Lainlah duduk rumah sewa. 
Kedua minggu depan aku dah nak cuti midsem dah. Sekejap je kan pejam-pejam celik dah sebulan aku kat kolej ni. Dan semakin dekat exam aku. Kalau semester lepas aku sengasara dengan subjek c&I DAN STATISTIC. Semester subjek yang paling aku gerun finance. Dengar kata bukan dengar kata dah jadi nampak depan mata dah . yang finance lagi susah dari dua subjek 2. Ramai yang repeated subjekni. Aku risau jugak . cara berlajar sama lebih kurang account  je. Dahlah akaun aku masa sem 1 lulus cukup 2 je. Ni nak belajar lagi. Pening –pening. Harap 2 aku pass semua exam dengan pointer yang lebih baik.
Ketiga aku sentap pasal isu ni KAHWIN! Tak ada topic lain ke. Asal aku cuti semester je banyak pula aku dapat jemputan majlis perkahwinan dari kawan –kawan aku. Yang tak bestnya bila diorang  Tanya aku bila lagi. Aku bengang sangat terus aku jawab aku tunggu anak raja turun dari langit. Motif aku tahu sampai bila pun tak akan jadi kenyataan  KECUALI ALLAH nak makbulkan doa aku ni. Cuba korang fikir sendiri la mana tak sentap kalau setakat umur masih belasan tahun aku boleh terima lagilah ini dah masuk awal 20an dan layak pun nak pegang title “isteri orang” . zaman sekarang dah mula nak balik zaman dulu perkahwinan di usia muda digalakkan.  La itupun sebab nak kawal masalah anak luar nikah yang semakin teruk dekat Malaysia ni. Kalau tidak jadi anak remaja jadi zaman awal 2000 dulu kahwin lambat taka pa asal dah ada kerja yang bagus gaji tinggi, kereta mewah. Ada sesetengah ibu bapa je yang tak kisah pasal isu ni bagi mereka anak mereka nak kahwin diaorang tak ada hal cepat atau lambat semuanya dah takdir Allah.isu andartu masih jadi perbualan hangat orang kampung sibuk je kalau tengok anak dara orang yang dah masuk 20 tahun keatas dan nak mencecah 30 tak kahwin-kahwin lagi. Macam –macam dikata disuruh mandi bungalah segala benda yang khurafat pun keluar.tapi bila anak dara 2 pula nikah awal dikata pula dah terlanjur dan berisi  sebab 2 sibuk nak nikah cepat2. Serba salah dibuatnya. Aku pun manusia biasa juga. Tolonglah jaga urusan sendiri… betul dalam Islam ada menyuruh kita mengambil berat Antara saudara  -saudara kita. Tapi bukan ambil berat pasal perkara yang tak berfaedah. Dah kalau anak gadis jiran 2 belum kahwin 2 lg even dh nk masuk usia senja apa yang kita boleh bantu ialah dengan mendokannya semoga dia berjumpa dengan jodohnya didunia ini bukannya mengata mcam –macam tak pandai bergaullah apalah. Buat tambah dosa je  sebab mengumpat. Walaupun dia andartu tapi pandai jaga maruah diri itu sepatutnya kita respect. Jangan baru belasan tahun maruah diri dah tergadai tak guna. Fikir2kan ya. apalah yang aku mengarut ni Jam dah pukul 3 pg. better aku blah dulu sebelum korang baca ayat merapu dari akukan. Naya je tak pasal 2 aku juga kena. Bye ………………………………………..



No comments:

Post a Comment