Thursday, 2 October 2014

tajuk anak -anak dipaksa kahwin dengan pilihan ibu bapa.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
 Hari ni aku just share my feeling .

Benci betul aku bila lelaki yang bergelar seorang suami mengunakan kuasa veto sesuka hati untuk menyeksa seorang isteri yang dikahwini secara terpaksa tak boleh ke kalau  layan isteri 2 baik –baik even kau benci dia sekalipun. Tak boleh ke belajar nak terima takdir ALLAH  2 dengan baik. Sedangkan si isteri yang kau nikahi sudah pun berjanji untuk terima dan taat kepada kau walaupun dia sendiri terluka hati dan perasaan disebabkan  kau dia terpaksa melupakan kekasih hati yang dia sayang. Kau tak terfikir yang dia pun sebenarnya terpaksa bernikah dengan  kau. Kalau dia boleh terima semua 2 kenapa tidak kau  Memang betul lelaki ada kuasa untuk kahwin lbh dari satu .  kau kena ingat balasan Allah cash sekarang. Haram hukumnya bila seorang lelaki menikah dengan seorang perempuan  untuk tujuan menyeksanya secara zahir dan batin. Kau seksa dia sebab kau kata kerana dia kau tak boleh nak kahwin dengan pilihan sendiri. Hakikatnya  dia sendiri lebih terseksa disebabkan layanan kau. Lagi satu ibu bapa zaman sekarang ni sepatutnya  tahu dan prihatin yang anak –anak mereka waktu ni dah tak macam dulu.
 Bagi aku tak salah nak kahwinkan anak dengan pilihan mereka tetapi apa salahnya jika pilihan anak itu sudah memenuhi syarat yang utama iaitu mempunyai pegangan agama yang kuat dan mampu memberi nafkah . kenapa tidak terima sahaja pilihan mereka. Ingat yang nak mendirikan rumah tangga anak –anak bukan ibu bapa. Tak guna harta tinggi melangit kalau gerbang perkahwinan yang dibina sehitam api neraka yang membakar hangus jiwa dan raga si anak. Baik lelaki dan perempuan yang nak berkahwin tolonglah jangan cari  pasangan berdasarkan rupa, harta , pangkat dan nama sahaja. Tak guna. Kalau di akhirat nanti tak membantu apa-apa . terutama bagi kaum lelaki dekat dunia kau megah dapat isteri yang cantik dan seksi tapi dekat akhirat sengasara kerananya. Bagi aku tak salah ibu bapa nak masuk campur dalam hal perkahwinan tapi jangan sampai salah seorang dari mereka samaada si anak ataupun si menantu terluka dan terseksa sebab perkahwinan yang diatur ibu bapa itu sendiri. Yang si anak pun jangan sampai menjadi seorang yang zalim menghukum orang lain di atas kesilapan orang lain.

Peringatan  sama ada lelaki ataupun perempuan sekalipun korang terpaksa kahwin “ paksa dengan pilihan ibu bapa’’ jangan sampai lupa hukum ALLAH . islam sendiri menyebut bercinta selepas nikah adalah lebih indah berbanding sebelum. Jangan tak percaya walaupun masing –masing pada awalnya tidak ada rasa suka  atau sayang  tetapi akhirnya bahagia. Tak kenal maka tak cinta. Just terasa je . aku geram sangat dengan drama atau filem sekarang reality pun sama . aku benci if seseorang ditindas nak 2 lgi bila dihukum tanpa tahu apa kesalahanya.

No comments:

Post a Comment