Pernah x korang
tengok cerita 3 Idiots ni. Sebenarnya
cerita ni banyak beri aku pengajaran. Perkara pertama aku nak sentuh adalah isu
percaya kepada Tuhan. Dalam agama Islam kita percaya ALLAH akan membantu kita
dalam setiap langkah kehidupan jika kita beriman dengannya. “Allah
segala-galanya” perkara terpenting adalah meletakkan Allah dulu dalam segala
hal In Syaa Allah dia akan permudahkan segala urusan kita. Adakah kau percaya
kepada keajaiban ? pernah kau menjangkakan sesuatu berlaku diluar jangkaan kau ? contohnya kau menyangkakan kau akan
gagal dalam sesuatu peperiksaan apabila keputusan keluar kau dapat keputusan
yang sangat baik pernah? Aku percaya malah dalam hidup aku , tidak keterlaluan
aku kata aku akan selalu berharap keajaiban berlaku dalam setiap saat hidup aku supaya aku
boleh rasa bertapa Agungnya kasih ALLAH
terhadap hamba-hambanya. Menjadi
pelajar terpandai tanpa beriman sahaja akan menguntungkan kita didunia tapi
tidak diakhirat. Bila kita tiada rasa percaya dengan tuhan kita akan rasa
cepat putus asa. Kita rasa menyesal hidup didunia ini dan seluruh kehidupan yang dimiliki. Kita
rasa Allah tu zalim terhadap kita tanpa kita tahu sebenarnya kita telah
menzalimi diri kita sendiri. Pilihan sentiasa ada ditangan kita sendiri. Nak jadi
baik atau jahat. Memang betul ilmu amat berguna adakah hidup kita bermakna
tanpa bantuan ALLAH? Rasulullah pernah berkata “ hendak dunia adalah dengan
ilmu hendak akhirat adalah dengan ilmu, sekiranya kita hendak memiliki kedua
–duannya sekali juga adalah dengan ilmu.” Dalam kehidupan sebagai seorang pelajar adalah
penting untuk kita faham apa yang kita pelajari bukan mengahafal semata mata
demi untuk mendapat A+ dalam peperiksaan. Kita mengahafal sesuatu perkara tanpa memahamiya ialah adalah
perbuatan yang sia –sia..sebaliknya jika kita faham apabila kita ditanya
kembali tentang perkara tersebut kita pasti akan mengingatinya walaupun kita
tidak lagi mempelajarinya pada masa akan datang kerana kita sudah arif hal
berkenaan.. bagaimana pula dengan menghafal aku cukup pasti selesai sahaja
peperiksaan jika ditanya kembali dalam masa sesaat kita sudah melupakannya
bukan ? cerita ini juga menerangkan kesungguhan kita dalam melakukan apa jua
perkara. Kita mestilah buat sesuatu
dengan keinginan kita bukan kerana terpaksa akibatnya kita akan sentiasa
mengalami kegagalan macam dalam cerita ini belajar engineering semata –mata ikut
kehendak ibu bapa ataupun hendak mempunyai pekerjaan yang gajinya mencecah
ribuan ringgit. Bila ditimpa dengan masalah pembelajaran mula kita asyik nak
mengeluh sebab punca utama kita x berminat dengan bidang tersebut. Sifat jujur
juga sangat penting. Kerana sifat jujur itu orang akan hormat kita. Nampak simple tapi banyak yang perlu diberi
perhatian. Jika kita memahaminya dengan betul kita akan memahami apa yang
tersirat di sebalik yang tersurat. Hm…. Entah apa lah aku mengarut ni …. Nak
tido x blh tido dah pukul 4 pagi ni ….melayan movie tengah –tengah pagi ni….
Hai mata mengapa malam ni x nak lelap
esok kelas pagi oi…ok lah jumpa lagi…
Thursday, 30 April 2015
my diary
30 April 2015
Assalamualaikum
dan salam sejahtera…..
Hari ini aku ingin berkongsi sedikit ilmu
dengan korang J
Aku nak share pasal kriteria yang perlu ada
untuk melalui proses dakwah fardiah.
Pertama sifat amilin- iaitu sifat seseorang yang suka beramal.
Apabila dia melihat sesuatu dia rasa dia nak lakukan perubahan , nak tukar.
Orang yang mempunyai sifat seperti ini mampu meyakinkan orang lain .
Kedua sifat mujahid – ialah sifat
bersungguh –sungguh. Sifat ini perlu diproses pada diri orang yang dididik agar
tindakannya lahir daripada keyakinan , ilmu dan hujah bukan semata-mata.
Ketiga sifat muntij- ialah sifat yang
produktif ,boleh melahirkan sesuatu dan boleh menari orang lain.
Keempat sifat mufakkir –sifat kreatif ,
suka berfikir dari perspektif yang lain. Jika dia gagal dia ada 1001 alternatif
dan tak mudah panik.
Wednesday, 29 April 2015
diary
Assalamualaikum……
My diari hati maaf malam ni aku malas nak emo –emo cuma nak
cerita aku dah boleh hadapi masalah aku walaupun x selesai lagi. In syaa Allah aku yakin ALLAH
akan bantu . doakan aku untuk sentiasa kuat
ya. Nak jaga hati bukan benda mudah . banyak perkara aku kena jaga…. Tak
banyak tapi sikit perubahan yang berlaku menyebabkan hidup aku bertukar arah.
Sekejap dari jahat ke baik. Sekejap baik ke jahat. Aku tahu kena istiqamah…
satu benda aku mula mengerti aku kena belajar lepaskan benda yang paling aku
paling sayang dan paling berat untuk aku buat keputusan demi meraih cinta
ilahi dan mendapat perkara yang lebih baik walaupun aku terpaksa tanggung sakit
dan kesengsaraan.. aghh… aku dah hidup dekat lebih 21 tahun ok ja itu bermakna
aku mampu tanggung masalah ni.. mungkin aku fikir dengan lari dari menghadapi
masalah akan selesai tapi semakin jauh aku berlari semakin banyak pula masalah
tu mengejar aku.. aku minta penyelesaian dalam bentuk lain tapi masalah aku
selesai dalam satu masalah lain yang aku tidak sangka –sangka. Ok lah sampai sini dulu … banyak assignment
menanti ni…
Sunday, 26 April 2015
my diaries
Cerita aku …..Aku tidak
tahu mengapa ini yg harus terjadi mengapa dan kenapa bebanan perasaan ini
sungguh berat untuk aku tanggung . demi ALLAH ia terlalu berat. Saban waktu aku
ingin menangis. Meluahkan apa yang terperdam…. Sakit………………..sungguh aku tak berdaya
melalui nya…………………..satu persatu muncul bagai tiada noktah malahan bersambung
seperti tidak akan putus….setiap hari aku perlu menguatkan diri untuk menempuh
dugaan yang tidak aku tahu hujung
pangkalnya.. impian aku hanya satu mencari bahagia… tahukah kau saat ini aku
terasa ingin lari dari semua ini tinggalkan dan aku tidak mahu menghadapinya.
Jiwa seakan mati saat ini. Ingin AKU BERTANYA siapa yang sudi tolong aku….
Aku dibesarkan dalam
keluarga serba kekurangan…. Menjadi anak sulong merupakan amanah paling berat
buatku. Sering sahaja aku dipersalahkan atas kesalahan bukan milikku. Aku
menjadi mangsa keadaan…… setiap kesalahan mereka aku harus menanggung natijah.
Kebebasa aku disekat. Aku hilang kebebasan seperti kanak –kanak lain. Aku
dididik untuk bertanggungjawab terhadap keluarga…. Aku tidak mempunyai masa
untuk melakukan aktiviti kegemaran ku sendiri. Pulang dari sekolah aku harus
kembali kerumah membantu menjalankan kerja –kerja rumah. Sungguh berbeza benar
aku dilayan dengan adik adikku… pernah kau rasa dimaki hamun , diherdik ibu
bapa sendiri .. pernah? tiada ucapan lembut suara kasar tinggi melangit
menerjah ke gendang telinga bila aku melakukan kesilapan… pernah x kau rasa kau
tak nak hidup di dunia ini…….. pernah tak? Apa kau rasa bila kau meminta izin bertemu
dengan rakan-rakanmu atas tujuan menyiapkan tugasan dan berbincang hal –hal
pelajaran tidak diberi izin oleh orangtuamu. Tetapi bila tiba –tiba giliran
adik –adikmu mereka denagn pantas memberi keizinan tanpa mempersoalkan apa tujuannya.
Kau sering disuruh belajar bersungguh –sungguh sedangkan mereka tidak.. bila
kau bersuara menegur kau pula yang dimarahi … adik –adikmu menang dalam setiap
hal… sehingga hari ini ada diantara adikku yang tidak pandai membaca al –quran,
tidak mahu bersolat masih lagi aku juga yang dipersalahkan dengan alasan itu
tugas aku aku untuk membimbing mereka… senang berbicara… ingin pula aku
persoalkan adakah dengan menjaga aku dengan disiplin dan peraturan yang ketat
sudah terlepas tanggungjawab mereka terhadap anak –anak yang lain? Sehingga
sekarang aku berasa kerdil berbanding orang lain aku banyak ketinggalan dalam
bidang teknologi.. kau bayangkan aku hanya boleh memiliki telefon bimbit
selepas usia ku mencecah 18 tahun itupun aku beli dengan hasil usaha aku
sendiri,bekerja. Sedangkan mereka seawal usia 10 tahun malahan percaya atau
tidak mereka punya handphone lebih canggih dariku…. Hanya ayat ini yang sering ku dengar bila aku
bercerita meluahkan rasa berbuku di kalbu “ biarlah mereka masih kecil tidak mengerti apa-apa” oh kalau begitu
mengapa tidak ketika aku sebaya mereka hal yang sama tidak dikhabarkan
kepadaku? “ biar orang buat kita jangan kita buat orang” oh….. adilkah dunia
ini hanya engkau sahaja yang boleh melakukan kesalahan dan menikmati kebebasan
ikut sesuka hatimu . sedangkan aku ? teperjara dalam kesempitan . apakah kau
fikir aku tidak mempunyai perasan ? adakah aku dilahirkan oleh tuhan menjadi
manusia sempurna yang langsung tiada cacat celanya? Aku bosan dengan hidup aku
sendiri… aku letih memikirkan cara untuk menjaga perasaan orang lain sedangkan
hati ,jiwa aku sudah lama berkubur mati sepi tanpa tiada siapa yang mahu
merawatnya… mengapa aku harus kisah kepada korang semua cuba jawab sedangkan
aku seorang diri menahan kesakitan dan kesepian tanpa ada yang mahu memahami… aku
sendiri terpaksa bertahan kesemua kesakitan berpura –pura ceria didepan semua
bagai tiada apa-apa. Walhal bertimbun masalah menghujani aku tanpa tiada titik
noktah. balik –balik aku juga bersalah
seolah –olah aku tiada ruang membela diri… cerita aku tidak tamat disini
sebaliknya bermula mehnah yang lebih dashyat bila aku Berjaya melangkahkan kaki
ke gerbang ilmu(university).
Hari
ini semua peristiwa yang ingin aku padamkan dari lipatan sejarah hidup
kembali memutar menusuk kalbu tanpa henti. Aku jatuh terduduk… aku mencari
adakah insan yang sudi memimpin aku keluar dari semua ini … menyelamatkan aku…
mengapa aku harus menjadi penyelesai masalah orang sedangkan aku menanggung
masalah yang maha hebat…. Aku mengharapkan akan ada jawapan pada setiap
persoalan….
Wednesday, 22 April 2015
my diari
Isnin.
20 april 2015
Salam diari hati
sudah lama kau tidak ku jengah seperti yang aku khabarkan pada post yang
terakhir dulu aku sejak kebelakangan ini diuji ALLAH dalam pelbagai tumpuan.
Mungkin kau bosan mendengar keluhan hatiku.
Andai kau mampu berbicara pasti kau mengatakan aku seorang manusia yang
tidak pandai bersyukur dengan segala nikmat yang diberi dari-NYA. Ketahuilah
tidak terlintas dihati ini untuk
melupakan segala nikmat aku dapat. Cuma ingin berkongsi rasa hati
tersimpan sekian lama. Aku juga percaya apa setiap perkara terjadi yang terjadi
ada hikmahnya. Aku sebagai manusia biasa saja yang sering alpha ,tidak sabar
menghadapinya. Aku tidak tahu untuk bermula dari mana dan aku juga tidak tahu
samaada ia saling berkait atau tidak.
Setakat di
semester 4 ini pelajaranku agak sedikit terabai. Perasaan malas semakin tebal
menyelubungi diriku. Aku yang dulu rajin menyiapkan tugasan diawal waktu tapi
kini mula mengikut pengaruh rakan –rakanku yang lain menyiapkan tugasan
dipenghujung waktu . esok pagi hendak hantar malam nilah baru sibuk menghadap.
Esok nk exam apa-apa pun aku x baca lagi .
Cukup baik juga bila aku mengulangkaji di waktu akhir. Biasanya waktu
kuliah sebelum exam atau kuiz diadakan. Itu
sudah perkara biasa yang sering
dilakukan oleh rakan –rakan sekarang atau sejak sekolah rendah lagi. Cikgu
mengajar didepan tapi dibelakang sibuk buat urusan sendiri. Lagi sadis aku
tidak membuka nota dan x study langsung
. menjawab soalan aku hanya berusaha untuk menjawab setakat yang aku mampu ,
menjeling kertas rakanku disebelah demi memenuhkan kertas jawapanku, selebihnya
aku bertawakal kepada ALLAH. Jauh disudut hatiku aku tahu apa yang aku lakukan
adalah salah namun titik hitam mula memenuhi ruangan hati menyebabkan aku
membenarkan kebatilan itu berlaku. Aku beperang dengan diri aku sendiri. Aku
cuba bangkit mencari jawapan kepada dugaan yang aku alami. Semakin aku mencuba
semakin beban aku bertambah. Situasi menjadi lebih dahsyat dari yang aku bayangkan.
aku dihimpit pelbagai masalah yang kadangkala tidak ku ketahui puncanya.
Sungguh aku buntu…………….
Dari ketagih mi
segera aku tinggalkan walaupun nafsuku selalu memanggil untuk menjamahnya. Dari
termakan atau terminum benda yang masam dan bergas juga cuba aku elakkan.
Sekali dua aku terlepas juga nak buat bagaimana. Hendak kawal semua dalam satu
ia memerlukan masa. Semenjak aku ditimpa masalah baru aku perasan hubungan aku
dengan ALLAH kurang terjaga. Subuhku sekarang sering menjadi subuh gajah, tapi
tidak selalu dalam seminggu dua atau tiga kali. Aku rasa bersalah aku cuba
membiasakan diri untuk bangun subuh diawal pagi. Sekarang hal ini agak mustahil
dilakukan. Mana tidaknya hampir setiap malam waktu tidurku melepasi jam 2keatas. Kadang –kadang pukul 5
baru tertidur jadi bagaimana aku mampu untuk bangun subuh diawal waktu.
Walaupun aku telah berpesan kepada rakan disebelahkan untuk mengejutkan aku
hrmmm… faham 2 jelah jika dia 2x5 denganku juga. Jika dia tersedar awal dia
pasti akan mengejutkan aku dari lena sekiranya tidak itulah yang terjadi.
Sunday, 5 April 2015
my stories
assalamualaikum ....
erm............ entahlah aku tak mengapa , kenapa dan bagaimana semua benda terjadi dalam hidupku. maaf sekadar untuk meluahkan rasa yang berbuku namapun diari. sejak masuk sem 4 ni aku rasa semakin serabut sangat semakin aku nak kerja cinta ALLAH makin banyak dugaan aku terima.. pihak universiti buat hal .. kalau ikutkan aku sepatutnya belajar Bahasa Arab untuk sem ni alih -alih dapat berita terpaksa ambil mandarin pulak. rasa marah x usah dicakapla.. dah minggu kelima baru pihak universiti nk bagitahu. aku pelik juga masa daftar subjek sem lepas x pulak diaorang kata budak melayu wajib ambil mandarin hanya budak cina sahaja yang mesti belajar arab. jadi pelajar lain boleh pilih nak belajar Arab or Mandarin. kalau dipandang dari sudut dunia memang Mandarin satu keutamaan untuk di Malaysia ni memandangkan sistem ekonomi dinegara ni di monopoli kaum cina. tapi jika berfikiran terbuka bahasa Arab juga boleh membuka luas ruang pekerjaan di masa akan datang selain membantu orang Melayu. pihak pelajar yang terlibat sekarang sedang usahakan pungutan suara tapi nampaknya macam x berhasil bila slip daftar kursus yang baru telah pun berdaftar dengan subjek mandarin. tunngu ajela harap -harap akan ada berita baik. yang x puas hati untuk pertukaran subjek arab ke mandarin mengalami masalah bila kami terpaksa ganti banyak kelas. kami terasa seolah -olah buang masa pergi kelas lima minggu yg awal. kedatangan kami kosong, sedangkan assignment sudahy bermula. mana x tension. kalau difikirkan secara mendalam ilmu yg kami dapat x rugi. tapi dari segi pengurusan masa dan jadual waktu kami memang x adil. kami terpaksa bermula daripada awal. memang banyak kerja yang hendak dilakukan. tambah mengharu -birukan jadual belajar kami berubah 100% . banyak aktiviti luar yang kami terpaksa tunda semata -mata untuk menghadiri kelas pada hari sabtu dan ahad. sedangkan bagi pelajar universiti seperti kami 2 hari itu adalah untuk kami melepaskan tension dan menghadap assignment yang berlambak dan mengikut aktiviti -aktiviti kolej atau mengisi dengan pertandingan sukan dan sebagainya.
kedua minggu depan aku sepatutnya cuti sem bermula 10 haribulan tetapi terpaksa ditunda kepada 12 hb. kerana pihak univeresiti buat bengkel . sangat malang bagi student yang dh beli tiket balik awal .. sepatutnya mereka fahamlah waktu cuti ni je pun kami nk balik bukan selalu boleh balik. ... lepas ni x tahula pa yang akan terjadi.
erm............ entahlah aku tak mengapa , kenapa dan bagaimana semua benda terjadi dalam hidupku. maaf sekadar untuk meluahkan rasa yang berbuku namapun diari. sejak masuk sem 4 ni aku rasa semakin serabut sangat semakin aku nak kerja cinta ALLAH makin banyak dugaan aku terima.. pihak universiti buat hal .. kalau ikutkan aku sepatutnya belajar Bahasa Arab untuk sem ni alih -alih dapat berita terpaksa ambil mandarin pulak. rasa marah x usah dicakapla.. dah minggu kelima baru pihak universiti nk bagitahu. aku pelik juga masa daftar subjek sem lepas x pulak diaorang kata budak melayu wajib ambil mandarin hanya budak cina sahaja yang mesti belajar arab. jadi pelajar lain boleh pilih nak belajar Arab or Mandarin. kalau dipandang dari sudut dunia memang Mandarin satu keutamaan untuk di Malaysia ni memandangkan sistem ekonomi dinegara ni di monopoli kaum cina. tapi jika berfikiran terbuka bahasa Arab juga boleh membuka luas ruang pekerjaan di masa akan datang selain membantu orang Melayu. pihak pelajar yang terlibat sekarang sedang usahakan pungutan suara tapi nampaknya macam x berhasil bila slip daftar kursus yang baru telah pun berdaftar dengan subjek mandarin. tunngu ajela harap -harap akan ada berita baik. yang x puas hati untuk pertukaran subjek arab ke mandarin mengalami masalah bila kami terpaksa ganti banyak kelas. kami terasa seolah -olah buang masa pergi kelas lima minggu yg awal. kedatangan kami kosong, sedangkan assignment sudahy bermula. mana x tension. kalau difikirkan secara mendalam ilmu yg kami dapat x rugi. tapi dari segi pengurusan masa dan jadual waktu kami memang x adil. kami terpaksa bermula daripada awal. memang banyak kerja yang hendak dilakukan. tambah mengharu -birukan jadual belajar kami berubah 100% . banyak aktiviti luar yang kami terpaksa tunda semata -mata untuk menghadiri kelas pada hari sabtu dan ahad. sedangkan bagi pelajar universiti seperti kami 2 hari itu adalah untuk kami melepaskan tension dan menghadap assignment yang berlambak dan mengikut aktiviti -aktiviti kolej atau mengisi dengan pertandingan sukan dan sebagainya.
kedua minggu depan aku sepatutnya cuti sem bermula 10 haribulan tetapi terpaksa ditunda kepada 12 hb. kerana pihak univeresiti buat bengkel . sangat malang bagi student yang dh beli tiket balik awal .. sepatutnya mereka fahamlah waktu cuti ni je pun kami nk balik bukan selalu boleh balik. ... lepas ni x tahula pa yang akan terjadi.
Subscribe to:
Posts (Atom)