Thursday, 30 April 2015

my diary

Pernah x korang tengok cerita  3 Idiots ni. Sebenarnya cerita ni banyak beri aku pengajaran. Perkara pertama aku nak sentuh adalah isu percaya kepada Tuhan. Dalam agama Islam kita percaya ALLAH akan membantu kita dalam setiap langkah kehidupan jika kita beriman dengannya. “Allah segala-galanya” perkara terpenting adalah meletakkan Allah dulu dalam segala hal In Syaa Allah dia akan permudahkan segala urusan kita. Adakah kau percaya kepada keajaiban ? pernah kau menjangkakan sesuatu berlaku diluar jangkaan  kau ? contohnya kau menyangkakan kau akan gagal dalam sesuatu peperiksaan apabila keputusan keluar kau dapat keputusan yang sangat baik pernah? Aku percaya malah dalam hidup aku , tidak keterlaluan aku kata aku akan selalu berharap keajaiban  berlaku dalam setiap saat hidup aku supaya aku boleh rasa bertapa Agungnya kasih ALLAH  terhadap hamba-hambanya.  Menjadi pelajar terpandai tanpa beriman sahaja akan menguntungkan kita didunia tapi tidak diakhirat. Bila kita tiada rasa percaya dengan tuhan kita akan rasa cepat putus asa. Kita rasa menyesal hidup didunia ini  dan seluruh kehidupan yang dimiliki. Kita rasa Allah tu zalim terhadap kita tanpa kita tahu sebenarnya kita telah menzalimi diri kita sendiri. Pilihan sentiasa ada ditangan kita sendiri. Nak jadi baik atau jahat. Memang betul ilmu amat berguna adakah hidup kita bermakna tanpa bantuan ALLAH? Rasulullah pernah berkata “ hendak dunia adalah dengan ilmu hendak akhirat adalah dengan ilmu, sekiranya kita hendak memiliki kedua –duannya sekali juga adalah dengan ilmu.”  Dalam kehidupan sebagai seorang pelajar adalah penting untuk kita faham apa yang kita pelajari bukan mengahafal semata mata demi untuk mendapat A+ dalam peperiksaan. Kita mengahafal  sesuatu perkara tanpa memahamiya ialah adalah perbuatan yang sia –sia..sebaliknya jika kita faham apabila kita ditanya kembali tentang perkara tersebut kita pasti akan mengingatinya walaupun kita tidak lagi mempelajarinya pada masa akan datang kerana kita sudah arif hal berkenaan.. bagaimana pula dengan menghafal aku cukup pasti selesai sahaja peperiksaan jika ditanya kembali dalam masa sesaat kita sudah melupakannya bukan ? cerita ini juga menerangkan kesungguhan kita dalam melakukan apa jua perkara.  Kita mestilah buat sesuatu dengan keinginan kita bukan kerana terpaksa akibatnya kita akan sentiasa mengalami kegagalan macam dalam cerita ini belajar engineering semata –mata ikut kehendak ibu bapa ataupun hendak mempunyai pekerjaan yang gajinya mencecah ribuan ringgit. Bila ditimpa dengan masalah pembelajaran mula kita asyik nak mengeluh sebab punca utama kita x berminat dengan bidang tersebut. Sifat jujur juga sangat penting. Kerana sifat jujur itu orang akan hormat kita.    Nampak simple tapi banyak yang perlu diberi perhatian. Jika kita memahaminya dengan betul kita akan memahami apa yang tersirat di sebalik yang tersurat. Hm…. Entah apa lah aku mengarut ni …. Nak tido x blh tido dah pukul 4 pagi ni ….melayan movie tengah –tengah pagi ni…. Hai  mata mengapa malam ni x nak lelap esok kelas pagi oi…ok lah jumpa lagi…


No comments:

Post a Comment