Sunday, 5 April 2015

my stories

assalamualaikum ....
erm............ entahlah aku tak mengapa , kenapa dan bagaimana semua benda terjadi dalam hidupku. maaf sekadar untuk meluahkan rasa yang berbuku namapun diari. sejak masuk sem 4 ni aku rasa semakin serabut sangat semakin aku nak kerja cinta ALLAH makin banyak dugaan aku terima.. pihak universiti buat hal .. kalau ikutkan aku sepatutnya belajar Bahasa Arab untuk sem ni alih -alih dapat berita terpaksa ambil mandarin pulak. rasa marah x usah dicakapla.. dah minggu kelima baru pihak universiti nk bagitahu. aku pelik juga masa daftar subjek sem lepas x pulak diaorang kata budak melayu wajib ambil mandarin hanya budak cina sahaja yang mesti belajar arab. jadi pelajar lain boleh pilih nak belajar Arab or Mandarin. kalau dipandang dari sudut dunia memang Mandarin satu keutamaan untuk di Malaysia ni memandangkan sistem ekonomi dinegara ni di monopoli kaum cina. tapi jika berfikiran terbuka bahasa Arab juga boleh membuka luas ruang pekerjaan di masa akan datang selain membantu orang Melayu.  pihak pelajar yang terlibat sekarang sedang usahakan pungutan suara tapi nampaknya macam x berhasil bila slip daftar kursus yang baru telah pun berdaftar dengan subjek mandarin. tunngu ajela harap -harap akan ada berita baik. yang x puas hati untuk pertukaran subjek arab ke mandarin mengalami masalah bila kami terpaksa ganti banyak kelas. kami terasa seolah -olah buang masa pergi kelas lima minggu yg awal. kedatangan kami kosong, sedangkan assignment sudahy bermula. mana x tension. kalau difikirkan secara mendalam ilmu yg kami dapat x rugi. tapi dari segi pengurusan masa dan jadual waktu kami memang x adil. kami terpaksa bermula daripada awal. memang banyak kerja yang hendak dilakukan. tambah mengharu -birukan jadual belajar kami berubah 100% . banyak aktiviti luar yang kami terpaksa tunda semata -mata untuk menghadiri kelas pada hari sabtu dan ahad. sedangkan bagi pelajar universiti seperti kami 2 hari itu adalah untuk kami melepaskan tension dan menghadap assignment yang berlambak dan mengikut aktiviti -aktiviti kolej atau mengisi dengan pertandingan sukan dan sebagainya.
kedua minggu depan aku sepatutnya cuti sem bermula 10 haribulan tetapi terpaksa ditunda kepada 12 hb. kerana pihak univeresiti buat bengkel . sangat malang bagi student yang dh beli tiket balik awal .. sepatutnya mereka fahamlah waktu cuti ni je pun kami nk balik bukan selalu boleh balik. ... lepas ni x tahula pa yang akan terjadi.

No comments:

Post a Comment