Isnin.
20 april 2015
Salam diari hati
sudah lama kau tidak ku jengah seperti yang aku khabarkan pada post yang
terakhir dulu aku sejak kebelakangan ini diuji ALLAH dalam pelbagai tumpuan.
Mungkin kau bosan mendengar keluhan hatiku.
Andai kau mampu berbicara pasti kau mengatakan aku seorang manusia yang
tidak pandai bersyukur dengan segala nikmat yang diberi dari-NYA. Ketahuilah
tidak terlintas dihati ini untuk
melupakan segala nikmat aku dapat. Cuma ingin berkongsi rasa hati
tersimpan sekian lama. Aku juga percaya apa setiap perkara terjadi yang terjadi
ada hikmahnya. Aku sebagai manusia biasa saja yang sering alpha ,tidak sabar
menghadapinya. Aku tidak tahu untuk bermula dari mana dan aku juga tidak tahu
samaada ia saling berkait atau tidak.
Setakat di
semester 4 ini pelajaranku agak sedikit terabai. Perasaan malas semakin tebal
menyelubungi diriku. Aku yang dulu rajin menyiapkan tugasan diawal waktu tapi
kini mula mengikut pengaruh rakan –rakanku yang lain menyiapkan tugasan
dipenghujung waktu . esok pagi hendak hantar malam nilah baru sibuk menghadap.
Esok nk exam apa-apa pun aku x baca lagi .
Cukup baik juga bila aku mengulangkaji di waktu akhir. Biasanya waktu
kuliah sebelum exam atau kuiz diadakan. Itu
sudah perkara biasa yang sering
dilakukan oleh rakan –rakan sekarang atau sejak sekolah rendah lagi. Cikgu
mengajar didepan tapi dibelakang sibuk buat urusan sendiri. Lagi sadis aku
tidak membuka nota dan x study langsung
. menjawab soalan aku hanya berusaha untuk menjawab setakat yang aku mampu ,
menjeling kertas rakanku disebelah demi memenuhkan kertas jawapanku, selebihnya
aku bertawakal kepada ALLAH. Jauh disudut hatiku aku tahu apa yang aku lakukan
adalah salah namun titik hitam mula memenuhi ruangan hati menyebabkan aku
membenarkan kebatilan itu berlaku. Aku beperang dengan diri aku sendiri. Aku
cuba bangkit mencari jawapan kepada dugaan yang aku alami. Semakin aku mencuba
semakin beban aku bertambah. Situasi menjadi lebih dahsyat dari yang aku bayangkan.
aku dihimpit pelbagai masalah yang kadangkala tidak ku ketahui puncanya.
Sungguh aku buntu…………….
Dari ketagih mi
segera aku tinggalkan walaupun nafsuku selalu memanggil untuk menjamahnya. Dari
termakan atau terminum benda yang masam dan bergas juga cuba aku elakkan.
Sekali dua aku terlepas juga nak buat bagaimana. Hendak kawal semua dalam satu
ia memerlukan masa. Semenjak aku ditimpa masalah baru aku perasan hubungan aku
dengan ALLAH kurang terjaga. Subuhku sekarang sering menjadi subuh gajah, tapi
tidak selalu dalam seminggu dua atau tiga kali. Aku rasa bersalah aku cuba
membiasakan diri untuk bangun subuh diawal pagi. Sekarang hal ini agak mustahil
dilakukan. Mana tidaknya hampir setiap malam waktu tidurku melepasi jam 2keatas. Kadang –kadang pukul 5
baru tertidur jadi bagaimana aku mampu untuk bangun subuh diawal waktu.
Walaupun aku telah berpesan kepada rakan disebelahkan untuk mengejutkan aku
hrmmm… faham 2 jelah jika dia 2x5 denganku juga. Jika dia tersedar awal dia
pasti akan mengejutkan aku dari lena sekiranya tidak itulah yang terjadi.
No comments:
Post a Comment