Sunday, 26 April 2015

my diaries

Cerita aku …..Aku tidak tahu mengapa ini yg harus terjadi mengapa dan kenapa bebanan perasaan ini sungguh berat untuk aku tanggung . demi ALLAH ia terlalu berat. Saban waktu aku ingin menangis. Meluahkan apa yang terperdam…. Sakit………………..sungguh aku tak berdaya melalui nya…………………..satu persatu muncul bagai tiada noktah malahan bersambung seperti tidak akan putus….setiap hari aku perlu menguatkan diri untuk menempuh dugaan yang tidak aku tahu  hujung pangkalnya.. impian aku hanya satu mencari bahagia… tahukah kau saat ini aku terasa ingin lari dari semua ini tinggalkan dan aku tidak mahu menghadapinya. Jiwa seakan mati saat ini. Ingin AKU BERTANYA siapa yang sudi tolong aku….
Aku dibesarkan dalam keluarga serba kekurangan…. Menjadi anak sulong merupakan amanah paling berat buatku. Sering sahaja aku dipersalahkan atas kesalahan bukan milikku. Aku menjadi mangsa keadaan…… setiap kesalahan mereka aku harus menanggung natijah. Kebebasa aku disekat. Aku hilang kebebasan seperti kanak –kanak lain. Aku dididik untuk bertanggungjawab terhadap keluarga…. Aku tidak mempunyai masa untuk melakukan aktiviti kegemaran ku sendiri. Pulang dari sekolah aku harus kembali kerumah membantu menjalankan kerja –kerja rumah. Sungguh berbeza benar aku dilayan dengan adik adikku… pernah kau rasa dimaki hamun , diherdik ibu bapa sendiri .. pernah? tiada ucapan lembut suara kasar tinggi melangit menerjah ke gendang telinga bila aku melakukan kesilapan… pernah x kau rasa kau tak nak hidup di dunia ini…….. pernah tak?  Apa kau rasa bila kau meminta izin bertemu dengan rakan-rakanmu atas tujuan menyiapkan tugasan dan berbincang hal –hal pelajaran tidak diberi izin oleh orangtuamu. Tetapi bila tiba –tiba giliran adik –adikmu mereka denagn pantas memberi keizinan tanpa mempersoalkan apa tujuannya. Kau sering disuruh belajar bersungguh –sungguh sedangkan mereka tidak.. bila kau bersuara menegur kau pula yang dimarahi … adik –adikmu menang dalam setiap hal… sehingga hari ini ada diantara adikku yang tidak pandai membaca al –quran, tidak mahu bersolat masih lagi aku juga yang dipersalahkan dengan alasan itu tugas aku aku untuk membimbing mereka… senang berbicara… ingin pula aku persoalkan adakah dengan menjaga aku dengan disiplin dan peraturan yang ketat sudah terlepas tanggungjawab mereka terhadap anak –anak yang lain? Sehingga sekarang aku berasa kerdil berbanding orang lain aku banyak ketinggalan dalam bidang teknologi.. kau bayangkan aku hanya boleh memiliki telefon bimbit selepas usia ku mencecah 18 tahun itupun aku beli dengan hasil usaha aku sendiri,bekerja. Sedangkan mereka seawal usia 10 tahun malahan percaya atau tidak mereka punya handphone lebih canggih dariku…. Hanya  ayat ini yang sering ku dengar bila aku bercerita meluahkan rasa berbuku di kalbu “ biarlah mereka masih  kecil tidak mengerti apa-apa” oh kalau begitu mengapa tidak ketika aku sebaya mereka hal yang sama tidak dikhabarkan kepadaku? “ biar orang buat kita jangan kita buat orang” oh….. adilkah dunia ini hanya engkau sahaja yang boleh melakukan kesalahan dan menikmati kebebasan ikut sesuka hatimu . sedangkan aku ? teperjara dalam kesempitan . apakah kau fikir aku tidak mempunyai perasan ? adakah aku dilahirkan oleh tuhan menjadi manusia sempurna yang langsung tiada cacat celanya? Aku bosan dengan hidup aku sendiri… aku letih memikirkan cara untuk menjaga perasaan orang lain sedangkan hati ,jiwa aku sudah lama berkubur mati sepi tanpa tiada siapa yang mahu merawatnya… mengapa aku harus kisah kepada korang semua cuba jawab sedangkan aku seorang diri menahan kesakitan dan kesepian tanpa ada yang mahu memahami… aku sendiri terpaksa bertahan kesemua kesakitan berpura –pura ceria didepan semua bagai tiada apa-apa. Walhal bertimbun masalah menghujani aku tanpa tiada titik noktah.  balik –balik aku juga bersalah seolah –olah aku tiada ruang membela diri… cerita aku tidak tamat disini sebaliknya bermula mehnah yang lebih dashyat bila aku Berjaya melangkahkan kaki ke gerbang ilmu(university).
   

Hari  ini semua peristiwa yang ingin aku padamkan dari lipatan sejarah hidup kembali memutar menusuk kalbu tanpa henti. Aku jatuh terduduk… aku mencari adakah insan yang sudi memimpin aku keluar dari semua ini … menyelamatkan aku… mengapa aku harus menjadi penyelesai masalah orang sedangkan aku menanggung masalah yang maha hebat…. Aku mengharapkan akan ada jawapan pada setiap persoalan….

No comments:

Post a Comment